PUCUK pimpinan Gagasan Sejahtera dan Barisan Nasional (BN) wajar mempelawa Parti Putra untuk sama-sama menyertai gagasan Perpaduan Ummah, kata Datuk Aliff Tafid.

Ketua IKATAN Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata tiindakan itu adalah supaya ia dilihat lebih kukuh dalam menyatukan Bangsa Melayu dan parti Melayu di negara ini.

“Sekiranya hal itu dialu-alukan oleh pucuk pimpinan, ianya baik dalam konteks menyatukan bangsa Melayu Islam.

“Saya meminta Presiden Putra, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali supaya berjiwa besar untuk menyertai Perpaduan Ummah.

“Hal ini kerana Perpaduan Ummah bertunjangkan hala tuju dan matlamat yang sama, dengan perjuangan yang digariskan dalam Perlembagaan parti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, IKATAN dan Berjasa bersetuju untuk menyertai Gagasan Sejahtera yang dipimpin PAS bagi menjayakan kerjasama politik antara parti Islam itu dengan UMNO.

Perkara itu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata Abdul Hadi, IKATAN dan Berjasa akan menyertai kerjasama politik Melayu itu melalui Gagasan Sejahtera untuk membentuk Perpaduan Ummah.

Tambah Hadi, Berjasa dan IKATAN juga menerima kerjasama dilakukan PAS dengan UMNO yang dibuat atas kerangka taawun siyasi. – NTHQiBORD, 2 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.