BOIKOT barangan bukan Bumiputera adalah tidak tepat, sebaliknya ‘Beli Produk Muslim Dulu’.

Setiausaha Agong Pas, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan medianya menggesa kempen sokong produk Muslim akan membawa kesan positif kepada limpahan ekonomi negara.

“Ia pastinya akan akan membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), dan luar bandar,” katanya.

Tambah beliau, dengan membeli produk IKS dan luar bandar yang diusahakan orang Islam akan menjadikan ekonomi negara lebih berdaya saing.

“Disamping itu, ia akan memberikan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat terutamanya kepada belia,” tambah Takiyuddin.

Takiyuddin juga membuat penafian mengenai frasa yang digunakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng iaitu Melayu Islam memboikot barangan bukan Bumiputera.

Menurut Takiyuddin, kempen ‘Beli Produk Muslim Dulu’ adalah suatu tindakan inklusif dan kompetitif dalam konteks perniagaan.

Terdahulu, Guan Eng melahirkan kegusaran nya dengan kempen yang dijalankan, dan memerli warga Bumiputera supaya turut memboikot telefon bimbit keluaran bukan Bumiputera.

Perniagaan bukan Bumiputera dilihat hampir ‘lumpuh’ atas gerakan kempen yang dilancarkan, hingga memaksa Menteri Kewangan itu bersuara bagi kaumnya. – NTHQiBORD, 2 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.