SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng sedang kusut memikirkan ekonomi bukan Bumiputera yang kian jatuh mendadak.

Ia berikutan kempen ‘dahulukan produk Bumiputera’ yang nyata memberi impak buruk kepada produk bukan Bumiputera.

Mungkin kerana beliau didesak beberapa orang taikun yang agak rapat dengannya, lantas, beliau menggesa Umno dan PAS mengecam kempen tersebut.

Beliau sedar Umno dan PAS memiliki sokongan besar orang Melayu, dan kuasa Umno dan PAS mampu menukar bentuk pemikiran orang Melayu.

Tetapi Guan Eng silap.

Sekali Melayu Islam mencipta revolusi, mungkin sekelompok seperti Guan Eng tidak mampu ‘cari makan’.

Dahulu, Guan Eng menghina Umno dan Pas dengan menyatakan parti orang Melayu dan Islam mahu merampas hak bukan Islam.

Beliau menuduh Umno dan Pas bersifat ekstremis dan rasis serta menimbulkan kekacauan kaum selama ini.

Padahal, orang Melayu dalam Umno dan Pas terlalu ‘banyak memberi’ hingga bangsa DAP menjadi kaya raya.

Apabila Melayu dan Islam terancam, dengan hanya satu petik jari sahaja, perniagaan mereka menjadi lumpuh!

Guan Eng hina, kemudian merayu.

Sedarkah Guan Eng bahawa dengan kuasa orang Melayu, anda menikmati segalanya di Malaysia, dan dengan kuasa orang Melayu, anda bisa juga menjadi pengemis?

Guan Eng dan sekutunya sepatutnya berhati-hati selepas ini, jangan sampai berlaku revolusi kali kedua yang lebih besar.

Gelombang serta revolusi ekonomi orang Melayu akan terus menerus bangkit, kerana orang Melayu sudah tidak mahu lagi tertipu, dengan pembohongan dan langkah sombong DAP. – NTHQiBORD, 2 September 2019.

6 COMMENTS

  1. Bangsa Melayu Islam sepatutnya telah lama mengamalkan polisi “Buy Muslim’s First”. Barulah kita dapat menguasai ekonomi dan menjamin kesejahteraan bangsa kita

  2. Semoga Allah memberkati perjuangan orang Islam dan menganugerahkan kemenangan kepada PAS & UMNO.

  3. Baru dia tahu selama ni orang melayu yang sokong beli barang orang cina sekarang baru hdk berbaik kirim salam lah

    • Hebahkan dgn kekawan atau sedar mara yang masih tidoq dalam buaian mimpi siang hari. Supaya mereka sedar. Yang kita tolong itu tidak membayar zakat. Tapi dia nak duit zakat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.