KEMPEN memboikot produk bukan Bumiputera ternyata berkesan.

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng semalam, menyatakan kegusarannya dengan gerakan boikot produk bukan Bumiputera.

Beliau berkata, kempen memboikot produk bukan bumiputera perlu dihentikan kerana ia boleh menjejaskan perpaduan nasional.

Setiausaha Agong DAP itu juga berkata, gerakan boikot itu menyebabkan pengguna tidak boleh membeli barangan yang lebih berkualiti, kononnya hanya dikeluarkan oleh syarikat bukan Bumiputera.

Beliau juga memerli kaum Bumiputera supaya memboikot telefon bimbit kerana produk itu lazimnya dikeluarkan oleh syarikat kilang di China.

“Kalau begitu (mahu memboikot produk bukan bumiputera), produk-produk luar negara terutamanya telefon bimbit juga sepatutnya diboikot,” katanya.

Produk jenama telefon dari syarikat Apple, dikilangkan di China dan diguna secara meluas di negara ini.

Manakala produk telefon bimbit yang semakin mendapat sambutan, Huawei juga merupakan produk dari negara kuasa besar itu.

Namun, gerakan boikot yang dilancarkan adalah memberi tumpuan kepada produk bukan Bumiputera yang dihasilkan di dalam negara sahaja.

Antaranya produk bukan Bumiputera yang menjadi sasaran boikot ialah makanan proses, pakaian, restoran, serta pelbagai jenis perkhidmatan termasuklah perkhidmatan gunting rambut, percetakan dan sebagainya.

Ia adalah susulan tidak puas hati warga Bumiputera terhadap bukan Bumiputera, kerana isu pelaksanaan pembelajaran jawi di sekolah rendah.

Ramai bukan Bumiputera yang didominasi DAP membantah tulisan jawi, biarpun tulisan itu banyak digunakan di produk-produk keluaran mereka. – NTHQiBORD, 2 September 2019.

1 COMMENT

  1. Telefon bimbit itu bukan keluaran DAP. Bumiputera baikot barangan keluaran yang seangkatan dengan DAP.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.