MALAYSIA Baharu logik.

Bila hutang negara di bawah Barisan Nasional (BN) adalah RM 686 billion, negara bakal bankrap. Bila hutang negara di bawah PH adalah RM 800 billion, ianya adalah kerana pentadbiran PH yang telus.

Bila BN bawa Lynas, Lynas adalah sangat bahaya dan akan hancurkan Kuantan. Bila PH renew lesen operasi Lynas, Lynas adalah satu pelaburan yang baik.

Bila BN perkenalkan GST, BN kejam. Bila PH perkenalkan SST, cukai gula, cukai untuk tonton Netflix dll, ianya adalah kewajiban setiap rakyat untuk bayar cukai.

Bila BN tak hantar Zakir Naik pulang, BN rasis. Bila PH tak hantar Zakir Naik pulang, ianya kerana faktor keselamatan Zakir Naik.

Bila DAP dan PKR bergabung dengan PAS dulu, PAS adalah parti Islamik yang suci. Bila PAS dan UMNO bergabung hari ini, PAS adalah parti Islamik yang ektremis.

Bila BN suruh pelajar bayar balik pinjaman PTPTN, BN adalah Ah Long. Bila PH suruh bayar balik pinjamanan PTPTN, ianya bermaksud melangsaikan hutang adalah satu kewajiban.

Bila Najib sekadar dituduh curi duit rakyat, Najib adalah perompak, penyamun dan penyagak. Bila video seks songsang daripada Sandakan keluar, pelakunya adalah mangsa konspirasi politik.

Bila Najib bawa Geely untuk bantu Proton, ianya bermaksud Proton kena jual kepada China. Bila syarikat insurans Singapura diberi peluang untuk buat mySalam walaupun ada syarikat insurans tempatan yang lain, ianya dipanggil globalisasi.

Bila Malaysia menjadi pemilik gelaran The World’s Longest running Bull Market, ekonomi Malaysia dilabel teruk. Bila pasaran saham yang sama jatuh ke paras paling rendah dalam sejarah, ianya adalah lumrah pasaran saham.

Bila nilai ringgit jatuh berbanding dengan Dolar Amerika dulu, ianya salah Najib dan bila Najib turun, ringgit akan naik. Bila nilai ringgit menyusut dengan lebih teruk berbanding dengan Baht Thailand, ianya adalah kerana perang dagang di antara China dan Amerika.

Bila BN nak buat ECRL, ianya dipanggil satu pembaziran. Bila PH nak buat kereta terbang, ianya dipanggil inovasi.

Bila BN beri BR1M, ianya adalah rasuah untuk beli undi. Bila PH beri BR1M, ianya adalah stimulasi ekonomi.

Bila GST tak turunkan harga barang, Ahmad Maslan adalah Menteri Kap Cai. Bila SST tak turunkan harga barang, ianya adalah kerana harga barang berdegil untuk turun.

Bila Sarawak Report tulis Najib curi 2.6 billion,ianya diambil kira sebagai the absolute truth. Bila Sarawak Report yang sama dedah Mukhriz dapat 1000 hektar kawasan balak Sarawak, ianya diambil kira sebagai anything but the truth itself.

Dan akhir sekali, bila saya tulis fakta-fakta di atas, saya macai Najib. Bila mereka tulis tanpa asas dan tuduh tanpa bukti, ianya adalah demokrasi.

Yuktes Vijay, Pemerhati Politik, 2 September 2019

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.