ZAMAN ketika mana setiap negara memiliki sebuah syarikat penerbangan nasional telah berlalu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata Malaysia masih boleh memiliki syarikat penerbangan nasional tetapi ia tidak semestinya dimiliki oleh kerajaan.

“Syarikat penerbangan nasional membawa simbol (negara) tetapi ia boleh dikendalikan oleh sektor swasta,” katanya dalam satu artikel yang disiarkan dalam “Going Places”, majalah penerbangan Malaysia Airlines.

Manakala pada Jun tahun ini, Mahathir juga melalui satu kenyataannya berkata kerajaan ingin menjual Malaysia Airlines, tetapi identiti nya sebagai syarikat penerbangan kebangsaan akan dikekalkan.

Malaysia Airlines yang bermasalah dilaporkan sedang mengkaji beberapa opsyen, untuk mengatasi kerugian dalam industri penerbangan yang kompetitif.

Salah satunya adalah saranan untuk menjual syarikat penerbangan itu kepada pihak swasta.

Namun, Kadir Jasin dalam satu kenyataan sebelum ini tidak bersetuju dengan Mahathir.

Kadir mencadangkan bahawa dengan lebih baik untuk syarikat penerbangan itu ‘berkahwin’ dengan AirAsia daripada membiarkan jenama ikonik itu berkubur. – NTHQiBORD, 2 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.