
Kementerian Sumber Manusia memperhalusi cadangan meningkatkan had umur persaraan daripada 60 tahun kepada 65 tahun.
Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata cadangan akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diputuskan.
Katanya, perkara itu juga telah dilakukan beberapa negara lain seperti negara jiran, Singapura.
“Singapura sudah meningkatkan usia persaraan kepada 65 tahun manakala negara kita berada dalam keadaan guna tenaga penuh.
“Ini antara perkara perlu diperhalusi dalam membuat keputusan yang baik pada masa depan,” katanya.
Beliau diminta mengulas kewajaran melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun dalam keadaan ramai golongan muda termasuk siswazah menganggur ketika ini.
“Laporan statistik mendapati golongan tidak bekerja hanya 3.3 peratus, malah kita kekurangan pekerja hingga terpaksa mendapatkan pekerja dari negara asing,” katanya.
Katanya, kebanyakan kadar pengangguran di negara ini terdiri daripada golongan muda termasuk graduan yang baru menamatkan pelajaran. – NTHQiBORD, 2 September 2019.
Hang jangan main gila…tukar atau turunkan menteri ini…
Kenapa nak tiru Singapore.kita sendiri boleh ubah.mcm malaysia tkde orang cerdik pandai dlm negara.