‘SAYA pencinta wanita, bukan pencinta lelaki,” komen Mohammad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu semasa ditemuramah wartawan Utusan Malaysia.

Beliau ditanya berkenaan kenapa figura itu kerap menjadi tumpuan para wanita di Malaysia.

Menteri Pertahanan itu berkata, beliau juga hairan mengapa ramai wanita suka bergambar dengannya walaupun tidak memiliki rupa kacak.

“Saya buka segak pun,” katanya.

“Sama juga berlaku apabila saya berjalan dengan menteri lain, yang dituju ialah pada saya,” tambah beliau lagi.

Bagaimanapun Presiden PAN ini mendakwa sebagai lelaki memang menjadi sifat semula jadi untuk tertarik kepada wanita termasuk yang cantik.

“Kalau tengok perempuan cantik membuatkan saya tersenyum. Itulah lelaki,” katanya.

Sementara itu, Mat Sabu berkata sikapnya yang ceria dan suka melawak ini kurang dipraktikkan di rumah apabila bersama anak-anak dan isteri.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Normah Alwi, dan dikurniakan dua anak lelaki dan dua anak perempuan di mana seorang daripadanya masih disiasat kes berkenaan pengambilan dadah. – NTHQiBORD, 2 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.