MENGUTAMAKAN produk muslim adalah hak rakyat Muslim, dan kesepakatan pengguna Muslim.

Tidak ada istilah boikot yang terancang kepada pengusaha lain seperti mana yang didakwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurut Guan Eng sebelum ini, kempen yang dilaksanakan sebahagian besar orang Melayu dan Islam itu hampir pasti menyebabkan ekonomi negara lumpuh.

Namun, Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO membidas Guan Eng.

Beliau menyifatkan menteri DAP itu ‘panas punggung’ dengan kempen saranan membeli produk Muslim.

“Untuk pengetahuan Menteri Kewangan, mengutamakan produk Muslim tidak bermakna ekonomi akan menjadi terbantut dan mundur,”

“Ekonomi masih berjalan. Wang terus mengalir di dalam pasaran. Apa isunya?” tulis Reezal dalam satu kenyataannya hari ini.

“Guan Eng tidak perlu khuatir berkenaan kempen dan kuasa pengguna. Ekonomi negara keseluruhannya jauh lebih besar dan luas skopnya,”

“Elok Guan Eng tumpukan kepada “hutang negara” yang kian meningkat; atau janji kerajaan yang tidak tertunai,” katanya lagi.

Reezal juga berkata, kempen tersebut digerakkan sendiri oleh rakyat dan tiada kena mengena dengan Umno dan Pas.

Sementara itu, Dr Khairuddin Takiri yang juga merupakan ahli parlimen Kuala Nerus dari Parti PAS turut menyelar Guan Eng.

Beliau berkata, adalah menjadi perkara biasa setiap orang lebih mengutamakan keluaran ‘saudaranya sendiri’.

Khairuddin juga bersependapat dengan Reezal bahawa mengutamakan produk Muslim adalah hak demokrasi pengguna untuk memilih.

Beliau juga mendakwa perangai Guan Eng yang panas punggung dengan kempen tersebut, menyerlahkan natijah yang dialami oleh ahli perniagaan DAP yang membiayai DAP selama ini.

“Kenapa Menteri Kewangan panas punggung? Adakah ia memberi kesan kepada ahli perniagaan DAP yang menjadi pendukung dan pembiayaan utama DAP?”

“Kalau benar, maka betullah tindakan umat Islam mengutamakan produk muslim sebagai respon terhadap sikap biadap pendokong DAP terhadap Islam dan Melayu akhiran ini,” katanya.

Khairuddin juga memberi contoh Nabi Muhammad SAW membina pasar baru untuk orang Islam di Madinah, apabila kehadiran nabi berniaga di pasar Bani Qainuqa yang didominasi oleh Yahudi tidak dialu-alukan.

“Akhirnya para pengguna Arab dan Muslim mengutamakan pasar Nabi SAW sehingga memaksa pedagang Yahudi juga akhirnya berniaga di pasar Nabi,” katanya.

Semalam, Guan Eng dalam satu kenyataan memerli orang Melayu dan Bumiputera bahawasanya perlu memboikot telefon bimbit, jika benar serius untuk memboikot produk bukan Bumiputera.

Beliau juga merayu kepada Umno dan Pas supaya tidak menyokong kempen boikot terbabit, mungkin kerana risau banyak perniagaan bangsa DAP akan gulung tikar dan kembali ‘mengemis’. – NTHQiBORD, 2 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.