UMAT Islam Melayu tidak pernah boikot produk orang bukan Islam, sebaliknya ianya kempen beli produk Muslim yang ada kaitan dengan halal haram di sisi Islam.

Pemimpin bukan Islam tidak perlu riuh rendah mengenai perkara tersebut, demikian menurut Dr Ibrahim Ali, Presiden parti PUTRA dan juga PERKASA.

Ibrahim Ali dalam satu kenyataan medianya hari ini berkata, umat Islam mempunyai banyak pantang larang dan memerlukan makanan yang bersih dan halal.

“Mereka tidak hilang 100% pelanggan Melayu Islam. Tak perlu bising lah,”

“Umat Islam banyak pantang larang tidak seperti orang bukan Islam. Makanan pun mesti dipastikan ianya halal,”

“Sebab itu ada kempen beli Produk Muslim. Apatah lagi ada syarikat-syarikat bukan Islam menjual produk mereka yang tidak halal tapi membuat iklan dalam Bahasa Melayu dan ada yang guna tulisan jawi terutama produk makanan,”jelas Ibrahim.

Dakwa beliau, ada pihak anti bahasa Melayu dan mengagungkan bahasa ibunda mereka, tapi untuk kepentingan perniagaan mereka menarik umat Melayu, mereka sanggup lakukan apa sahaja.

“Malah ada logo seolah-olah menara masjid dan macam macam nama seolah olah ianya produk halal bagi umat Islam,”katanya.

Ibrahim juga menempelak segelintir Melayu liberal yg mungkin tidak sensitif dengan ajaran Islam dengan menjadi pelanggan kepada produk orang bukan Islam. – NTHQiBORD, 2 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.