ADA yang bertanya, kenapa selepas 60 tahun baru tiba-tiba orang Melayu nak tolak produk non-Muslim?

Kenapa tidak dari dulu lagi?

Jawapan saya, pemboikotan produk non-Muslim bukan dirancang awal dan bukan atas dasar rasis.

Ia juga bukan sesuatu yang tiba-tiba, sebaliknya ia adalah reaksi kepada satu perbuatan tidak wajar yang telah lama berlaku.

Perbuatan oleh sebilangan pengeluar makanan non-Muslim terhadap pengguna Muslim iaitu pengguna yang telah memberi sokongan padu kepada produk mereka sejak lebih 60 tahun.

Sesungguhnya para pengguna Islam merasa amat kecewa dan terhina dengan kejadian berikut:

1. Kuaci “halal” direbus dgn tulang babi.
2. Air kicap direndam bersama arang tulang babi.
3. Stok rebusan mi kari terdapat kepala dan tulang babi.
4. Belacan diproses bercampur ulat dan sisa makanan.
5. Anjing berlari dan berguling di atas jemuran udang geragau, jemuran ikan asin, asam Gelugor dan keropok.
6. Ayam tidak disembelih secara Islam.
7. Penggunaan rum dan lard secara berleluasa dalam pemprosesan bakery (membuat roti).
8. Menguli doh dengan kaki.
9. Membasuh sudu, pinggan dan mangkuk guna air longkang .
10. Penggunaan darah haiwan dalam pemprosesan bebola daging dan burger.

Bahkan ada banyak lagi pelanggaran dan pencabulan hak pengguna Islam telah dilakukan oleh pengeluar yang tidak bertanggungjawab.

Pelbagai protes dan aduan telah dibuat tetapi tidak mendatangkan kesan.

Maka kita harus melakukan sesuatu dalam usaha untuk melindungi kepentingan umat Islam.

Antara cara paling sopan dan aman ialah kami berhenti membeli produk yang meragukan demi menjaga kesihatan dan kesucian kepercayaan kami.

Adakah ini dikatakan rasis?

Tidak timbul soal rasis atau chauvinis atau prejudis.

Daripada anda menuduh orang Melayu rasis atau prejudis, lebih baik anda tingkatkan rasa sensitiviti anda, jadilah pengeluar yang bertanggungjawab dan ikut membantu bagaimana keselamatan dan kepentingan pengguna terutama pengguna Islam dapat diperbaiki. – 3 September 2019.

DATUK RUSLY ABDULLAH,
Pengasas Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara dan chef.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.