PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan memboikot produk berdasarkan kaum dan agama sesuatu tidak sihat khasnya dalam masyarakat berbilang bangsa dan budaya.

“Tetapi mempromosikan boikot produk bukan Islam ialah (tindakan) penuh kebencian dan tidak sihat.”

“Sebagai umat Islam, saya rasa penting untuk kita menghasilkan produk baik yang diterima semua, tetapi ada produk diperlukan umat Islam yang dihasilkan orang Cina,” kata Anwar

Anwar menyifatkan konotasi perkauman adalah tidak sihat dalam masyarakat berbilang bangsa dan budaya di dunia.

Dalam soal status sesuatu produk itu, Anwar menyatakan bahawa rakyat boleh membuat keputusan sama ada sesuatu produk itu halal atau sebaliknya.

Sebelum Anwar, beberapa pemimpin kerajaan DAP-PH turut menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan tindakan boikot dan kempen utamakan produk Muslim.

Minggu lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu tindakan boikot ini dihentikan.

Kemudiannya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyalahkan UMNO dan PAS dalam kempen supaya pembeli Muslim mengutamakan produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh orang Muslim.

Tidak ketinggalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut menyifatkan tindakan boikot tidak menguntungkan sesiapa.

Namun, di sebalik semua itu tidak ada pimpinan DAP-PH yang cuba menyelami dan mencari punca kepada tindakan orang Melayu Muslim memboikot produk DAP.

Hakikatnya, semua ini adalah tindak balas Melayu Islam kepada segala tindakan DAP yang seolah-olah diberi susu dibalas tuba.

Terlalu banyak tindakan DAP menimbulkan kemarahan orang Melayu Islam. Antaranya termasuklah mengatakan orang Cina penyumbang utama cukai kepada negara, tentera hanya makan dan tidur dan Melayu kaum pendatang. – 3 September 2019.

2 COMMENTS

  1. Kamu bercakap melalui lubang belakanglah, Anwar. Bila pulak orang Melayu-Muslim boikot produk bukan-muslim??? Janganlah kerana kemaruk sokongan DAP dan penyokongnya hingga kamu nak menyalahkan kaum Melayu-Muslim. Selama berpuluh tahun orang Melayu-Muslim membeli barang2 keluaran syarikat2 dan pengeluar bukan-Muslim, baik cina maupun hindu. Malah tawkey2 Cina dan Hindu yang jadi bilioner sekarang berpunca dari duit berjuta pembeli Melayu. Malangnya apabila mereka menjadi kayaraya, mereka lupa sumbangan orang Melayu malah melemparkan cemohan dan kata hina bila orang Melayu-Muslim mahu beralih selera membeli produk Muslim yang pastinya halal lagi bersih. Orang Melayu-Muslim tidak boikot keluaran bukan-Muslim tetapi seperti slogan Mahathir ” Buy English Last” kaum Melayu-Muslim menggunakan slogan ” Beli Muslim Dulu ” kalau tak ada baru beli produk bukan-Muslim. Jadi kenapakah kamu dan puak2 DAP jadi panas bontot macam lintah dah masuk lubang anus?

  2. kalau diri dah tak bermoral hentam saja lah apa yang keluar dari mulut dia. dulu kan dia kata tanah ini bukan Melayu punya, anak cina anak dia. anak India ( patel ) pon anak dia. anak
    ++++++++ pon anak dia juga. apa heran dengan kaki pembohong tu….

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.