PENGERUSI Sekretariat NGO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim menyifatkan kelemahan kerajaan DAP-PH hari ini dalam mengawal situasi negara dan rakyat menjadi punca tindakan boikot produk non Muslim.

“Boikot barangan bukan Muslim yang berlaku adalah respon dan tindak balas kepada beberapa Pemimpin Kerajaan Bukan Islam terutama daripada Parti DAP yang jelas menindas, mempersoal dan memijak kepala orang-orang Melayu dan Umat Islam,” kata Faiz.

Katanya, jika keadaan ini berlarutan, ia tidak lagi mencerminkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni lagi dan masyarakat dunia tidak akan menghormati Malaysia lagi.

Faiz turut mengingatkan bahawa malaysia sudah 62 tahun kita Merdeka. Sepatutnya rakyat Malaysia harus lebih matang dan tahu adab tatasusila, saling bertolak ansur dan saling menghormati serta menjaga sensitiviti sesama bangsa.

“Saya juga tidak faham dengan Rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam yang bersikap berpura-pura dan banyak bermain wayang.”

“Soal untuk mencari keuntungan berniaga sanggup tulis pada produk tulisan jawi dan mengunakan simbol Masjid dan sebagainya bagi mengaburi mata pembeli yang majoritinya Melayu dan Islam.”

“Tetapi pada masa yang sama memboikot tulisan jawi. Sedangkan tulisan jawi ini telah digunakan sebelum Merdeka lagi,” katanya.

Menurutnya, sejak Pakatan Harapan memerintah, keadaan menjadi huru hara dan keharmonian kaum pun terjejas. – 3 September 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.