MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhak menentukan kadar caj perkhidmatan penumpang (PSC) kerana kerajaan adalah pemilik lapangan terbang.

Loke berkata, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah merupakan pengendali dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pula bertindak sebagai pengawal selia yang mana kedua-duanya adalah entiti berkaitan kerajaan.

“Semua aset adalah milik kerajaan.

“Kadar (PSC) adalah keputusan Kabinet, bukan Kementerian Pengangkutan.

“Kami tidak merendahkan sesiapa pun,” katanya.

Menurut Loke, caj PSC yang lebih rendah tidak akan menjejaskan pendapatan MAHB dan ia merupakan perkara positif bagi pengangkutan tersebut.

“Ini berita baik untuk semua kerana kami bersetuju untuk menurunkan caj, yang kami percaya akan merangsang industri pelancongan,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan PSC untuk penerbangan antarabangsa dikurangkan dari RM73 kepada RM50 di semua lapangan terbang di Malaysia, kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Kumpur (KLIA) berkuat kuasa 1 Oktober ini.

PSC bagi penerbangan ke ASEAN kekal pada RM35 dan RM11 bagi penerbangan domestik.

Semalam Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata, keputusan kerajaan untuk campur tangan menurunkan caj PSC akan merugikan KLIA berbanding lapangan terbang lain.

Naib Presiden IATA Asia Pasifik, Conrad Clifford berkata, tindakan kerajaan itu akan menjejaskan kredibiliti MAVCOM.

“Mavcom dilantik sebagai pengawal selia ekonomi untuk lapangan terbang dan mempunyai mandat serta kuasa untuk menentukan caj lapangan terbang.

‘Ini adalah proses dalam menetapkan caj lapangan terbang,” ujarnya. – 3 September 2019.

1 COMMENT

  1. Semua tindakan pimpinan tertinggi PH, seolah2 untuk menjahanamkan negara bukannya membina negara yang menonjolkan kebodohan Dan kesombongan diri mereka sendiri. Berhati2lah, sombong itu kepunyaan Allah bukannya hak kamu yang hanya makhluk kepunyaan Dia Yang Maha Pencipta.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.