SELEPAS dilihat gagal menyalahkan UMNO dan PAS, DAP kini beralih arah menuding jari kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa terlibat dalam kempen mendahulukan produk Bumiputera.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tanpa berselindung menggelar kempen itu sebagai rasis, ekstremis agama dan cenderung pembangkang.

Menteri Kewangan itu juga menyifatkan kempen itu tidak waras dan tidak wajar kerana menjejaskan perpaduan.

Katanya juga kempen itu merugikan pengguna dalam mendapatkan harga serta barangan berkualiti tinggi.

“Agama juga tidak mengajar kita marah, boikot-memboikot dan benci semata-mata kerana berbeza kaum atau bangsa, hanya parti pembangkang.

“Malangnya pemimpin pembangkang rela memperjudikan keharmonian rakyat dan kesejahteraan negara yang dinikmati selama ini. DAP yakin rakyat Malaysia tidak membenci di antara satu sama lain atau mahukan perpecahan,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Guan Eng cuba meletakkan kesalahan kepada UMNO dan PAS kerana enggan menolak atau mengkritik kempen itu.

Katanya tindakan kedua-dua parti itu bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir sebelum ini menggesa kempen itu dihentikan segera kerana ia dianggap sebagai cetek fikiran.

Kelmarin, Guan Eng dalam kenyataannya mahu UMNO dan Pas membantu menghentikan kempen memboikot produk bukan Bumiputera kerana gerakan itu tidak menguntungkan dan boleh menggugat perpaduan. – 3 September 2019.

1 COMMENT

  1. Seronoknya tengok mangkuk2 DAP dan PKR macam kena rasuk pontianak dalam isu ” Beli Produk Muslim Dulu” oleh masyarakat Melayu-Muslim !!! Sudah sahlah kempen oleh masyarakat Melayu-Muslim menjadi senjata paling ampuh dan berkesan menjatuhkan ego tawkey2 Cina dan Hindu yang menyokong PH. Kepada Lim Guan Eng, kenapa mengicau macam murai tercabut ekor? Kan Mahathir dan bapak kamu Kit Siang kata kampen beli barang muslim ini tak berkesan dan kerja sia2 dan bodoh? Jadi apa nak dirisaukan kalau kami buat kerja sia2 dan bodoh. Sekarang baru kamu tahu penangan orang Melayu-Muslim apabila puak2 kamu cukup biadab dan kurang ajar kepada bangsa, agama dan Raja2 kami!! Mungkin kau orang dah lupa perangai orang Melayu yang banyak bersabar (yang kamu anggap lemah dan boleh dikelentung), tapi apabila sampai satu peringkat bila Melayu mengamuk mereka gunakan apa jua sebagai senjata melawan musuh. Dan mengutamakan barang2 Muslim ini salah satu senjata tersebut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.