KALAU cubitan kecil kami itu tidak berkesan maka mengapa kamu menangis?

Pihak kamu hanya fikir kemarahan mereka. Kemarahan kami kamu tidak ambil kira?

Sakit hati dan kemarahan kami disebabkan penghinaan Bangsa DAP terhadap agama, bangsa dan Tanah Melayu ini kamu tidak kira. Yang kamu kira hanya kemarahan DAP.

Berkesan ke tak berkesan kami akan teruskan kempen ini. Biar Bangsa DAP yang lupa daratan itu sedar, di bumi mana ia berpijak.

Memerangi sumber kekuatan musuh yang memerangi Islam adalah salah satu strategi mengalahkan musuh. Salah satu daripada An Nahyu Anil Mungkar di dalam Islam.

Nabi Musa berdoa kepada Allah agar menghancurkan harta benda Firaun. Apabila Musa melihat kekuatan harta benda Firaun telah dipergunakan untuk memghancurkan dakwah Nabi Musa dan sebagai sebab kesombongan Firaun terhadap kaum yang beriman.

Firman Allah SWT, maksudnya;

Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalan-Mu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya. [Surat Yunus 88]

Bukankah Allah menyuruh kita membalas serangan musuh sesuai dengan tindakan dan serangan mereka terhadap kita.

Firman Allah SWT, maksudnya;

Perangilah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. [Surat Al-Baqarah 191]

Tindakan memulau barangan Produk Bangsa DAP dan mengutamakan Produk Muslim bukan tindakan ekstrim. Bahkan ia adalah tindakan yang menepati hukum syarak lebih-lebih lagi tindakan itu sebagai tindak balas serangan Bangsa DAP terhadap Islam dan Bangsa asal Tanah Melayu ini.

Menghadapi Kekuatan DAP tidak cukup dengan hanya demonstrasi, laporan polis dan ceramah. Tapi keangkuhan Bangsa yang sombong itu hanya dapat dilumpuhkan dengan:
1. Kempen pulau produk keluaran mereka dan utamakan produk Muslim.
2. Teruskan kempen “haram undi PH dan DAP”.
3. Perkasakan kerjasama PAS-UMNO yang menjadi kegerunan PH DAP.

Apabila kita sudah berada di atas landasan yang betul, maka pedulikan suara-suar sumbang tidak kira dari mana datangnya. – 3 September 2019

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.