HUTANG negara cecah RM1 trillion, itulah ayat-ayat ‘keramat’ yang dimainkan Pakatan Harapan sebelum Pilihanraya Umum ke 14.

Skrip hutang RM1 trillion bersambung dan dimainkan sejurus mereka menguasai Putrajaya.

Malah, mereka menubuhkan satu tabung khas kononnya untuk membayar hutang iaitu dinamakan ‘Tabung Harapan Malaysia’.

Ketika itu, berbondong-bondong selebriti menderma kepada Tabung Harapan Malaysia kononnya untuk membantu kerajaan baru menyelesaikan hutang yang dibuat kerajaan Barisan Nasional

Antara selebriti yang menderma ialah pengacara popular tanah air, Alif Satar. Beliau memuat naik transaksi dermanya kepada Tabung Harapan dengan kapsyen ‘Kerana Saya Sayang Malaysia.”

Selebriti kedua ialah penyanyi nasyid Hamiz Hamidun. Bekas suami usahawan popular joy Revfa ini turut menyumbang atas semangat ‘Sayangi Malaysiaku’.

Selain itu ialah penerbit drama, Haji Zeel yang aktif menerbitkan naskah drama melalui Zeel Production Sdn Bhd. Beliau menderma sebanyak RM500 seperti yang dipaparkan di akaun Instagram miliknya.

Penyanyi bersuara lantang dan lunak, Nurul Abdul Wahab turut menderma sedikit pendapatannya kepada Tabung Harapan. “Demi negara yang tercinta. Saya sudah. Yang lain? walaupun sekupang (10 sen), bantu juga.” tulis Nurul di Instagramnya.

Azza Elite juga menyumbang walaupun gadis ini banyak mendapat tawaran kerja semasa pentadbiran Barisan Nasional. Memuatnaik resit sumbangan di Instagram, Azza berkata sumbangan itu adalah kerana menyayangi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Manakala selebriti terakhir adalah Fathia Latiff. Pelakon jelita ini umum mengetahui merupakan pengkritik tegar kepada kerajaan Barisan Nasional.

Fathia antara yang memberi sumbangan dan sokongan terhadap penubuhan tabung tersebut.

 

Ironisnya, apabila sudah menjadi kerajaan selama dua tahun, skrip hutang negara kini semakin kurang dimainkan Pakatan Harapan.

Malah Tabung Harapan juga sudah tidak lagi kedengaran dan rakyat tidak pasti ke mana wang itu dibelanjakan.

Apa yang lebih pahit untuk ditelan, hutang Malaysia sebenarnya meningkat dari hari ke hari.

Pertambahan hutang Malaysia dibuat Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kononnya untuk membayar hutang terdahulu.

Secara realistiknya, Pakatan Harapan sebenarnya telah realisasikan ‘impian mereka’ untuk menyaksikan hutang Malaysia bertambah kepada RM1 trillion.

Selebriti yang menyumbang sebelum ini pula ibarat lembu dicucuk hidung kerana dengan jelas mereka ditipu untuk membayar hutang! – 3 September 2019.

 

1 COMMENT

  1. Nak hidup kan, takpe lah. Tapi sekarang senyap sunyi je kemana duit tu dibelanjakan. Nak kata tolong bayar hutang negara, hari demi hari hutang bertambah dari 700 bilion masa Najib dah betul2 nak cecah 1000bilion atau 1 Trilion. Heran juga Mahathir buat macam2 pinjaman tapi hutang tak juga susut. Jangan lupa selebriti2 tu tolong up kan lagi sumbangan anda, mungkin boleh selesai hutang negara di bawah PH, mana tahu kan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.