PERMOHONAN aktivis Muhsin Abdul Latheef, agar Mahkamah Rayuan menyemak semula pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Phang Li Koon ditetapkan pada 22 November ini.

Guan Eng dan Li Koon sebelum ini dihadapkan dua tuduhan rasuah melibatkan pembelian banglo di Pulau Pinang.

Transaksi pembelian banglo yang meragukan itu berlaku ketika Guan Eng menjadi ketua menteri negeri itu.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi membebaskan mereka selepas Pejabat Peguam Negara menerima representasi peguam mereka.

Peguam Muhsin, Gunamalar Joorindajn berkata pihak terlibat diarah memfailkan dan menyerahkan penghujahan bertulis dua minggu sebelum pendengaran.

Dalam permohonannya, Muhsin meminta agar pembebasan Guan Eng dan Li Koon ditukar kepada dilepaskan tanpa dibebaskan.

Hal ini untuk kelancaran peguam negara yang akan menggantikan Tommy Thomas pada masa akan datang, akan menimbang untuk membuat pendakwaan semula.

Responden iaitu Guan Eng dan Li Koon membuat bantahan awal atas dasar Muhsin tiada locus standi untuk membuat permohonan itu.

Gunamalar bagaimanapun berkata Muhsin ada locus standi kerana dia bukanlah tidak terlibat langsung dalam perbicaraan.

“Dia ialah pengadu dan saksi pertama pendakwaan.

“Mahkamah Tinggi boleh bertindak sendiri (suo moto), tanpa mengira sama ada muhsin ada locus standi atau tak,” katanya lagi. – 3 September 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.