PRESIDEN Parti Amanah Negara (AMANAH) menegaskan bahawa DAP tidak memiliki dana kewangan yang besar untuk membiayai parti itu seperti dakwaan sesetengah pihak.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang juga selaku menteri pertahanan berkata, parti DAP juga mencari duit melalui kutipan makan malam yang diadakan.

“DAP bukan ada duit.

“Mereka pun cari duit dengan kutipan makan malam,” katanya.

Mat Sabu mendakwa bahawa partinya tidak mendapat duit daripada DAP sebaliknya tanggapan itu muncul apabila ada pihak yang memerlukan dana yang menimbulkan spekulasi berkenaan bertujuan untuk menggerakkan kegiatan parti politik.

“Ini semua persepsi orang.

“Mereka yang menjalankan kerja politik dengan duit.

“Jadi mereka beranggapan kami (AMANAH) pun macam itu,” katanya.

Selain itu, Mat Sabu berkata bahawa beliau tidak memerlukan wang yang banyak untuk menggerakkan parti itu sama seperti ketika beliau menjadi pembangkang.

“Saya ketika berjuang bersama Amanah, saya boleh tidur di surau, boleh tidur di stesen kereta api, boleh naik bas, kereta api dan kapal terbang.

“Kawan-kawan bagi RM50 dan RM100 sudah cukup duit untuk bergerak.

“Tidak perlu wang berjuta dan kita tiada masalah atau perlu dana untuk buat kerja sebab kita dilatih sebegitu,” ujarnya. – 3 September 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.