PKR terpalit satu lagi kes kontroversi apabila kali ini melibatkan kes pergaduhan.

Menurut satu laporan polis, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador disyaki terlibat dalam kes rusuhan menggunakan senjata pada 31 Ogos lalu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kompleks Sukan Destar Arena dekat Ampang apabila Farhash didakwa mengganggu pengadu yang menghadiri perlawanan Muay Thai di kompleks itu.

Pengadu yang dinamakan sebagai Muhammad Syafiq Jamaludeen mendakwa Farhash menolak mukanya, sekali gus mencetuskan kekecohan.

Syafiq merupakan jurulatih tinju dan menguruskan anak buahnya yang menyertai pertandingan tersebut.

Susulan itu, pihak penganjur meminta pengadu untuk beredar dari kompleks tersebut tetapi diserang kira-kira 10 lelaki termasuk Farhash di tempat letak motor.

Walaupun cuba dihalang tiga rakannya, Syafiq terus dipukul oleh kumpulan lelaki tersebut.

Pengadu juga mendakwa Farhash memegang pisau dan mengacu senjata itu kepadanya.

Syafiq mengalam cedera teruk termasuk koyak tisu pinggang dan luka di bahagian badan.

Hasil siasatan awal polis, pergaduhan itu berpunca kerana pengadu pernah mempunyai masalah dengan Farhash kerana pernah mencabul kehormatan isterinya.

Namun kes itu selesai dan pengadu tidak dituduh di mahkamah.

Siasatan kes itu masih diteruskan.

Sebelum ini, Farhash disiasat polis kerana dipercayai membelasah bekas ahli PKR di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gasing.

Kes pergaduhan itu dipercayai ada kaitan dengan isu video semburit yang melibatkan bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali. – 3 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.