KUALA LUMPUR, MALAYSIA - MAY 10: Mahathir Mohamad, chairman of 'Pakatan Harapan' (The Alliance of Hope), speaks during press conference following the 14th general election on May 10, 2018 in Kuala Lumpur, Malaysia. Malaysia's opposition leader Mahathir Mohamad claimed victory over Prime Minister Najib Razak's ruling coalition Barisan National and set to become the world's oldest elected leader after Wednesday's general election where millions of Malaysians headed to the polls. The election has been one of the most fiercely contested races in Malaysia's history, which resulted in a shocking victory as 92-year-old Mahathir made a comeback from retirement to take on his former protege Najib, who has been embroiled in a massive corruption scandal. (Photo by Ulet Ifansasti/Getty Images)

HASRAT menteri DAP mahu mengkaji usul melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun tidak kesampaian.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran sebelum ini berkata kerajaan sedia meneliti usul Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar had usia bersara dilanjutkan kepada 65 tahun seperti di negara maju, termasuk Singapura.

Namun Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menegaskan tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Beliau setuju dengan pendapat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengekalkan had umur bersara pada 60 tahun agar ia tidak menyekat peluang pekerjaan generasi muda.

“Jangan kata perdana menteri berumur 94 tahun tidak bersara pun. Saya bukan tidak bersara, tetapi dipanggil semula untuk bekerja.

“Kalau kita tetapkan pegawai bersara umur 65 tahun, ‘deadwood’ nanti pun duduk atas kerusi itu dan orang lain tidak boleh duduk (naik pangkat).

Dr Mahathir berkata terdapat negara yang tiada had umur bersara dan mereka boleh kerja sampai bila-bila tetapi ia akan menyekat peluang generasi muda.

“Zaman saya dulu, kita melanjutkan had usia bersara dari 55 kepada 56 tahun sebelum ia dilanjutkan sehingga 60 tahun oleh kerajaan selepas saya.

“Bagi saya, eloklah sampai 60 tahun,” katanya. – 3 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.