MENTERI Bangsa DAP, Lim Guan Eng digesa berdiam diri dan tidak cuba untuk menimbulkan sebarang bentuk ketegangan dengan menggelar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berfikiran cetek apabila mengutamakan produk Muslim.

Kenyataan beliau juga menggelar dan menuduh NGO sebagai rasis dan ekstremis agama adalah satu tuduhan yang amat serius dan perlu diambil tindakan kerana memainkan sensitiviti agama serta tuduhan tersebut merupakan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini.

Menurut Dato’ Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia dan Pengerusi Gagasan Tiga (G3), Guan Eng dilihat cuba menimbulkan ketegangan dan menafikan hak sebagai pengguna Melayu Islam.

Adalah lebih baik supaya Guan Eng memikirkan secara serius tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan berhenti bercakap tentang perkara ini.

Samada pengguna Islam hendak memboikot barangan bukan milik bumiputera atau tidak bukanlah masalah pada Guan Eng.

Umat Islam adalah merupakan kuasa pembeli yang terbesar dalam negara dan umat Islam juga ada hak untuk memboikot barangan bukan bumiputera kerana itu juga adalah hak mereka sebagai pengguna.

Menurut Dato’ Azwanddin Hamzah, pengguna berhak untuk memilih produk bumiputera atau kedai Melayu-Islam, dan lebih menghairankan lagi, bagaimana Bangsa DAP lebih berfikiran cetek, apabila mengiklankan jawatan kosong dengan meletakkan syarat fasih membaca dan menulis di dalam Bahasa Mandarin, sedangkan Bangsa DAP lebih cetek fikirannya dengan menolak tulisan jawi.

“Saya menyarankan supaya umat Islam dan Melayu teruskan perjuangan untuk mengutamakan barangan milik bumiputera dan mempertabatkan produk Melayu dan Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Sepatutnya umat Melayu-Islam lebih marah apabila agama Islam dihina, nabi serta Raja-Raja Melayu dihina. Umat Islam juga patut marah apabila tentera Melayu dituduh makan tidur dan mereka terus menghina Bangsa Melayu.”

Apabila bendera dipasang terbalik serta bahasa dihina dan melaungkan kaum Melayu adalah pendatang dan mempertikaikan tulisan jawi, semua itu sepatutnya menimbulkan kemarahan orang Melayu-Islam.

Manakala harta kerajaan yang telah dijual, pendidikan orang Melayu tidak terbela serta agenda memburukkan kerajaan Malaysia di luar negara dan menghina perlembagaan negara, kesemua itu boleh menimbulkan kemarahan Melayu Islam.

Bagaimanakah pula dengan semua yang Bangsa DAP lakukan, apakah persaan orang Melayu Islam, apabila pemimpin Melayu Islam difitnah, ekonomi megara serta perpaduan kaum dirosakkan.

Bagaimana pula dengan pekerja Melayu yang telah dibuang, bagaimana pula dengan larangan solat diwaktu kerja dan mengapakah harus marah kepada laungan azan di masjid dan surau.

Mengapakah pendakwah Islam disekat dan bangsa DAP menghentikan bantuan kepada orang Melayu.

Tidakkah semua itu menimbulkan kemarahan umat Melayu Islam? -NTHQiBord, 4 September 2019.

1 COMMENT

  1. Wah..ini boleh dan sememangnya mendatangkan kemarahan 😤😠.. pengguna Islam semalaysia.. sokong lah barangan dan produk org islam.. diyakini lebih bersih suci dan murni..halal semestinya.. di samping bantu pertingkat kan ekonomi org islam..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.