MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan agar orang ramai tidak membuat spekulasi tentang kematian pegawai komando dari 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK), Mejar Zahir Armaya.

Mohamad Sabu yang dikenali juga sebagai Mat Sabu berkata, orang ramai perlu menghormati keluarga Allahyarham yang meninggal akibat terkena tembakan dalam satu pertunjukan di Kota Kinabalu.

Allahyarham yang juga anak kepada seniman veteran tanah air, A.R Badul menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu pada pukul 9.20 pagi tadi.

“Semua pihak perlu menghormati keluarga Allahyarham dan menunggu sehingga keputusan bedah siasat dibuat,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham semoga tabah menghadapi kehilangan ini.

Dalam pada itu, Mat Sabu juga menyifatkan pemergian Mejar Zahir Armaya itu turut dirasai oleh seluruh kakitangan Kementerian Pertahanan.

“Saya berharap keluarga kepada Allaharyam tabah menghadapi suasana pilu ini dan kami di Kementerian Pertahanan amat bersimpati atas kesedihan ini.

“Saya juga mengharapkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan bedah siasat selesai bagi menghormati keluarga Allahyarham,” katanya. – 4 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.