SUATU majlis Tahlil Perdana akan diadakan untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Shakir.

Majlis yang dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan Gagasan Tiga (NGO G3) akan diadakan di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada hari Khamis, 5 September 2019 ini.

Majlis dijadualkan bermula dengan solat Maghrib dan kemudiannya disusuli tahlil.

Pihak penganjur mempelawa rakyat Malaysia dan pemimpin NGO Melayu Islam bersama-sama ke dalam majlis ini.

Penganjur juga amat mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak yang ingin menyumbang makanan untuk hadirin.

Allahyarham Muhammad Adib ialah anggota bomba yang terbunuh dalam insiden rusuhan di kuil rusuhan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman pada 26 November 2018.

Kes yang membabitkan kematian Adib masih berlangsung ketika ini.

Sementara itu, Allahyarham Syed Danial pula meninggal akibat dilanggar kereta selepas berlaku berselisihan faham dengan Yew Wei Liang.

Kejadian berlaku di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban (PLUS) berhampiran susur Bandar Baru Bangi.

Yew Wei Liang kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – 4 September 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.