MEMPERKASAKAN ekonomi umat Islam merupakan salah satu tuntutan agama iaitu jihad ekonomi.

Demikian ditegaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin ketika diminta mengulas isu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengkritik Badan Bukan Kerajaan Melayu dalam isu boikot dan kempen ‘Utamakan Produk Muslim’.

“Umat Islam disarankan dalam al-Quran supaya memakan makanan yang halal lagi baik. Itulah konsep yang diajar dalam Islam.”

“Dalam suasana hari ini, umat Islam sukar memastikan kedua-dua konsep halal dan baik itu dalam produk yang dikeluarkan oleh bukan Muslim.”

“Produk yang halal dan baik ada dalam produk orang Islam. Sebab orang Islam yang berniaga akan memastikan nilai kehalalan dan baik dalam produknya,” kata Husam ketika dihubungi NTHQiBord.

Menurut Husam, selama ini telah tular di media bagaimana kilang memproses makanan yang kotor dan sembelihan tidak menepati syarak.

Atas dasar inilah menjadi suatu keperluan mendapatkan makanan yang halal dan baik.

Jadi, beliau mempersoalkan apa masalah sehingga Guan Eng mempertikaikan kempen ‘Utamakan Produk Muslim’.

“Saya pelik dengan Bangsa DAP ini. Apabila orang Islam berkawan sesama Islam mereka tidak suka.

“Apabila orang Islam mahu guna produk Islam mereka tidak suka.”

“Bagaimana pula DAP yang siang dan malam mencabar maruah orang Islam?” soalnya.

Ketika ditanya mengapakah kempen ‘Utamakan produk Muslim’ kali ini mendapat sokongan, padahal kempen ini telah bertahun-tahun dijalankan.

Husam menjelaskan bahawa dahulu orang Melayu Islam banyak bertolak ansur. Namun, akhir-akhir ini umat Islam dicabar dan dihina.

“Maka timbullah kesedaran dalam kalangan orang Islam selama ini kita menolong mereka Bangsa DAP, tetapi apa yang mereka balas kepada orang Islam ialah biadap dan kurang ajar.”

“Sedangkan kuasa membeli di Malaysia ada di tangan orang Islam sebab kita majoriti.

“Apabila mereka sudah kaya, mereka biadap dengan kita, apabila sudah ada duit mereka tekan kita, dan kini sudah ada kuasa mereka kurang ajar dengan kita,” katanya.

Maka, menurut Husam, itulah penyebab utama kesedaran mendadak orang Melayu sekarang dalam menjayakan kempen ‘Utamakan produk Muslim’ yang diusahakan oleh NGO Islam. – NTHQiBord, 4 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.