KERAJAAN dijangka dapat menjimatkan beban kewangan sehingga RM5 bilion setahun jika melaksanakan opsyen lantikan tidak tetap.

Lantikan tidak tetap adalah lantikan tidak berpencen yang melibatkan penjawat awam di seluruh Malaysia.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, ia akan dikuatkuasakan untuk penjawat awam lantikan baharu selepas dimuktamadkan oleh kerajaan Malaysia.

Kata beliau, buat masa ini, kerajaan juga terpaksa menanggung beban sehingga RM28 bilion setahun bagi bayaran pencen kepada pesara kerajaan.

“Ini (hapuskan skim pencen) adalah sebahagian daripada inisiatif kita untuk memastikan kerajaan kurang dibebani dengan bayaran pencen yang tinggi setiap tahun,” katanya.

Tambah Borhan, terdapat juga perkhidmatan tertentu yang dilantik secara tetap namun dibahagi kepada dua bahagian iaitu lantik tetap berpencen dan lantik tetap tidak berpencen.

Manakala mengenai pengecilan saiz perkhidmatan awam, Borhan berkata kerajaan menetapkan pengurangan lima peratus untuk tempoh tiga tahun iaitu satu peratus tahun ini.

Sebanyak dua peratus pengecilan penjawat awam akan dilakukan tahun hadapan dan dua peratus pada 2021. – 4 September 2019.

6 COMMENTS

  1. Sedap ja pm dan menteri nk hapuskan pencen untuk pekerja bawahan… Menteri berkhidmat baru 5 tahun… Dh boleh pencen smpai mati…. ADIL ke

    • Pencen wakil rakyat itu dikaji semula. Berkhidmat 5 tahun dapat pencen beribu. Menteri yang mencadangkan itu pun tak boleh harap. Sebab dia dapat pencen. Orang selepas dia berkerja tak dapat pencen. Sapa suruh undi (PH) parah hidup rakyat. Khahaha.

  2. Wahai anak muda ini kah kerajaan awak pilih masa depan adik semua tergugat bolih dikatakan gelap apa tak nya kalau kontrak bila2 masa saja adik kene buang ……..

  3. Ahli2 parlimen yang mentekedarah banyak pencen. Dah la gaji puluh2 ribu…Babi hutan la hangpa ni…Mau dok tembak buang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.