MUSAFIR bersama Pak Daeng (Dr Sanusi Daeng Mariok), Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan, Kelantan, Abdul Hamid Seman serta beberapa lagi anggota Amal ke Kota Ningbo dan Yiwu banyak membuka mata dan membelah jiwa. Apa tidaknya, episod demi episod dalam politik tanahair yang diadun dalam bekas perkauman kelihatannya semakin mengeruh.

Menteri Kewangan sendiri yang turut gatal “menyampuk” dalam keghairahan umat Islam Malaysia membeli dan menyokong produk Melayu serta Muslim, telah kelihatan janggal dan tohor pemikiran. Antara boikot dan mempromosikan produk bumiputera pun tidak dapat dibezakannya. Ya, ia sama ada keliru atau buat buat keliru demi meraih laba politik perkauman?

Sejak tiga atau empat minggu lalu, telah berlangsung kempen membeli dan mengutamakan produk muslim. Malahan di sana sini timbul pula pelbagai spekulasi seperti wujudnya pasaraya besar milik kaum bukan Melayu yang menyingkirkan dan seolah olah memulau produk keluaran muslim. Banyak juga tular desakan demi desakan oleh NGO berteraskan Melayu Islam yang mahu umat muslim tempatan memboikot produk produk tertentu keluaran bangsa kafir. Polemik ini menjalar dah berakar umbi di setiap bandar dan seluruh ceruk kampung di Malaysia.

Apa puncanya? Senarainya cukup panjang apabila bercakap mengenai stimulus atau penggerak kepada isu ini. Antaranya apabila menteri menteri DAP termasuklah si rasis Dong Zong bak kata Tun M yang telah menentang cadangan berkaitan tulisan khat bagi pelajar sekolah bermula tahun hadapan. Isu khat atau jawi yang cukup dekat dengan nurani umat Melayu ini telah menenggelamkan isu semburit (maaf terkasar), perbalahan kem Anwar-Azmin, skandal terowong dan pulau buatan Pulau Pinang, kemerosotan ekonomi negara zaman PH serta banyak lagi.

Semakin lama ia semakin melebar. Bermula daripada satu kes kecil, ia membakar banyak jiwa kaum kaum yang selama ini hidup harmoni. Lihat sahaja himpunan di Brickfields oleh NGO dan beberapa kerat demonstran kalangan kaum India. Baca sahaja di semua media sosial, komen komen bangsa Cina mengenai tulisan khat dan soal soal berkaitan. Ini semua sekiranya tidak dibendung, akan mengakibatkan kesan yang amat parah dalam sejarah ketamadunan rakyat Malaysia pasca kemenangan PH 2018.

Kembali bercakap mengenai Yiwu, sebuah kotaraya bertaraf dunia yang dikunjungi umat manusia dari segenap rantau benua. Kota ini terkenal dengan jolokan “Yiwu, a city where every business transaction is honest and credible” atau dalam bahasa tempatannya disebut 义乌是一个诚实可信的商业交易城市 dan memang menjadi tumpuan pedagang antarabangsa. Hebatnya, majoriti pedagang yang berurusan di Yiwu adalah daripada kalangan orang Arab, Parsi, Turki dan India.

Mereka membawa pelaburan, dan wang jutaan dolar setiap hari ke “kota pemodal” ini. Mereka datang untuk menempah dan membeli apa jua produk dalam bilangan ribu, puluh ribu atau ratus ribu unit setiap satunya untuk dipasarkan semula ke negara masing-masing. Dengan kuasa ekonomi dan wang besar yang dibawa masuk setiap hari, maka pedagang Islam ini dilihat kuat dan gah.

Ya, kuat dan “besarnya kuasa pitis” muslim sehinggakan majoriti bangunan serta gedung gedung mega di sini turut menggunakan tulisan arab di semua papan tanda mereka. Hotel, restoran, mall, gerai, pintu pintu masuk, pintu gerbang, premis niaga kecil dan banyak lagi menggunakan bahasa Al-Quran sebagai tulisan kedua selepas tulisan Cina.

Tidak ada NGO rasis, menteri fanatik, atau pertubuhan yang bodoh sombong berarak di Yiwu, sejak dahulu ataupun zaman sekarang bagi membantah tulisan arab di papan tanda kedai dan sebagainya di kota metropolitan ini. Tidak ada! Mereka bangsa yang berfikiran terbuka dan melihat kuasa duit orang Islam sebagai peluang dan sumber rezeki yang tidak boleh ditolak. Bahkan lebih jelas lagi, matawang Yuan sendiri di Benua China ini ada tertulis sesuatu seakan akan karakter tulisan arab. Ia sebenarnya satu sistem penulisan (sama seperti Jawi) yang digunakan di Xin Jiang oleh etnik Uighur yang berlainan dengan orang China Han.

Yiwu tegak berdiri sebagai bandar perniagaan sejak tahun 222 sebelum masihi, dikenali sebagai negeri Wushang pada zaman Dinasti Qin. Tanah subur ini menjadi tumpuan pedagang setempat yang merancakkan perniagaan kuno seperti menjual benang, gula, makanan, pakaian dan pelbagai komoditi kecil lainnya dalam bakul yang dikandar di bahu. Barangan ini ditukar jual bagi mendapatkan bulu ayam yang akan berguna untuk proses tanaman mereka, ataupun menghasilkan penyapu bulu untuk tujuan eksport. Tradisi “Gula untuk Bulu Ayam” tersebut menjadi budaya Yiwu sehinggakan pada era 1700 Masihi, mereka telah berjaya membuka gedung gedung niaga bersifat antarabangsa.

Setelah tertubuhnya Republik Rakyat China pada tahun 1949, pasaran bebas Yiwu telah dianggap “kapitalis” oleh pemerintah komunis dan dengan itu secara rasminya peniaga di sini mulai ditindas, memaksa orang Yiwu meneruskan perdagangan mereka secara rahsia. Namun, dengan reformasi ekonomi oleh Deng Xiaoping pada 1978, akhirnya Yiwu kembali gagah sebagai pasaran terbuka pertama dalam sejarah negara berkenaan.

Kebanjiran pedagang Arab ke Yiwu bermula pasca serangan 11 September apabila para usahawan Timur Tengah menghadapi kesukaran mendapatkan visa memasuki Amerika Syarikat. Pusat komoditi dunia ini menawarkan produk berkualiti pada harga yang paling rendah sehinggakan digelar “China’s civilized open market”. GDP negeri ini mencecah 52 billion Yuan pada 2009, dan pendapatan perkapita adalah sebanyak 71,457 Yuan (US $10,461), bahkan GDP perkapita kawasan kampung mereka sebanyak 12,899 Yuan.

Yiwu dengan jarak 300km dari Shanghai pernah dinobatkan sebagai lokasi domestik berwajah antarabangsa yang paling popular dikunjungi pada tahun 2004. Penduduknya seramai lebih dua juta orang kelihatan amat baik berasosiasi dan bermuamalat dengan pedagang seluruh dunia. Mereka tidak kekok dan tidak takut dengan Islam, dengan symbol Islam, tidak bimbang dengan tulisan arab dan amat gembira berurusniaga dengan orang orang Islam.

Juga lebih menarik apabila datang ke Yiwu, akan kelihatan berceretek pengurup pengurup wang di kaki lima jalan yang hanya berbekal sebuah meja dan sebutir kerusi. Mereka tiada kedai, tiada premis, tiada pengawal keselamatan. Bandar ini selamat daripada jenayah? Mungkin juga benar dengan terlihatnya keselesaan para pengurup wang berniaga sebegitu. Jiwa Islam semakin berbunga dan bangga kerana 80% pengurup wang berkenaan adalah orang Islam tempatan China! Ini semua cerita Yiwu.

Namun apa kenanya dengan puak liberal, fanatik, ekstrimis dan rasis terhadap Islam serta tulisan khat di Malaysia saat ini? Benarkah mereka takut akan tulisan khat ini yang kononnya akan menukar agama anak anak mereka di sekolah? Atau bimbang ia bakal mengganggu pembelajaran anak anak mereka? Atau adakah dengan mempelajari tulisan khat, maka anak anak mereka akan tidak pandai dan gagal memahami tulisan Cina atau Tamil? Semua ini rasanya tidak benar. Ia mungkin satu rekayasa semata mata. Dan apa sebenarnya yang mahu ditunjuk oleh beberapa kerat penganut rasis berkenaan, hanyalah sikap besar kepala “mereka” setelah Putrajaya berjaya dirampas tempohari. – 4 September 2019.

NAZMAN CHE IBERAHIM,
Sukarelawan Amal Kelantan.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. sebenarnya cina bangsa DAPigs ini adalah cina keturunan bangsat sama seperti patel kasta paling bawah diIndia. sebab itulah mereka ini bila mula jadi kaya lupa diri asal usul mereka dari mana. kenapalah british bawa keturunan ini datang keTanah Melayu dulu. kann banyak lagi bangsa yang bai baik

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.