TULAR di media sosial satu lakaran khat dalam tulisan jawi menyerupai kemaluan manusia.

Lakaran itu dipercayai dimuat naik oleh seorang lelaki berbangsa Cina menggunakan akaun Facebook Yek Lai Fatt.

Melalui satu tangkap layar yang tular, beliau memuat naik lakaran itu ke satu kumpulan Facebook rahsia berbahasa Mandarin.

Pemilik akaun itu turut menyertakan kapsyen “boleh saya tanya bagaimana nak baca jawi?” pada gambar berkenaan.

Tinjauan NTHQibord, akaun Yek Lai Fatt meletakkan had akses untuk akaunnya dan tidak menjumpai sebarang capaian untuk mengesahkan akaun itu benar-benar membuat kenyataan terbabit.

Akaun tersebut juga tidak membuat sebarang penafian rasmi sehingga artikel ini diterbitkan dan tiada sebarang laporan polis diterima.

Terdahulu, pembelajaran khat dalam tulisan jawi menjadi polemik dalam negara kerana ditentang habis-habisan oleh masyarakat Cina dan India.

Biarpun telah dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet, kumpulan pendesak yang didokong parti DAP itu terus menerus membuat cemuhan dan bantahan terhadap tulisan jawi.

Kerajaan menyerahkan kepada pihak Persatuan Guru Ibu Bapa (PIBG) sekolah vernakular untuk menentukan sama ada mahu meneruskan silibus itu atau tidak. – NTHQiBORD, 4 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.