MESYUARAT Jemaah Menteri hari ini bersetuju bahawa usaha memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar.

Para menteri sebulat suara membantah kempen boikot tersebut melalui satu mesyuarat jemaah menteri yang dijalankan pada hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, jemaah menteri sebulat suara berkata perbuatan boikot tersebut merupakan pemikiran dan pendirian sempit yang dimainkan pihak tertentu.

Jemaah menteri juga menegaskan kempen tidak membeli barangan bukan Islam boleh menjejaskan keharmonian negara.

“Sebaliknya rakyat diseru untuk menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia kerana ia akan memberi kebaikan kepada negara,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, kempen beli produk Muslim dilancarkan oleh beberapa kumpulan NGO dan individu untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi seimbang.

Bagaimana pun ia ditafsirkan secara salah oleh pihak kerajaan dan juga parti DAP dan menganggap ia adalah kempen boikot barangan bukan Muslim.

Sedangkan, ia mempunyai perbezaan antara keduanya kerana kempen beli produk Muslim tidak dimaksudkan dengan memboikot, sebaliknya sebagai usaha memartabatkan industri halal. – 4 September 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.