PEMIMPIN-pemimpin Pakatan Harapan memang sudah gila. Kenyataan mereka tidak masuk akal langsung dan logik budak kecil.

DAP mengatakan yang selama 61 tahun Malaysia telah dirompak oleh Umno dan pada 9 Mei 2018 Malaysia telah dimerdekakan.

Ini bermakna dari 31 Ogos 1957 hingga 9 Mei 2018 Malaysia belum Merdeka.

Kalau macam itu, kenapa empat hari dahulu Malaysia menyambut ulang tahun Merdeka yang ke-62? Sepatutnya tiga bulan sebelum itu lah, iaitu pada 9 Mei 2019, Malaysia menyambut ulang tahun Merdeka Pertama.

DAP kata Merdeka ialah pada 9 Mei 2018 dan bukan 31 Ogos 1957

Sekiranya semenjak dari 31 Ogos 1957 hingga 9 Mei 2018 Umno telah merompak Malaysia, ini bermakna Perdana Menteri Malaysia yang Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam semuanya perompak.

Jadi, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Najib Tun Razak semuanya perompak — apa yang dipanggil DAP ‘kleptocrats’.

Ini bukan saya kata. Ini apa Lim Kit Siang yang kata. Dan sekiranya Mahathir perompak, sebab apa DAP menyokong Mahathir menjadi Perdana Menteri yang ke-7? Bukan ke ini benda yang gila?

Pada tahun 1993, Kit Siang telah menuduh Anwar Ibrahim sebagai dalang yang cuba menutup rahsia berkaitan dengan Bank Negara yang rugi sebanyak RM31.5 bilion di dalam pasaran mata wang.

Kit Siang telah mendesak Anwar untuk meletak jawatan atas kesalahan membohong kepada Parlimen dengan menafikan yang Bank Negara telah rugi sebanyak RM31.5 billion.

Kit Siang kata Mahathir, Daim dan Anwar adalah lanun, penyamun, dan perompak

RM31.5 bilion pada masa itu sama dengan RM60 bilon hari ini. Ini bermakna kerugian Bank Negara lebih besar dari isu 1MDB. Dan Anwar telah menutup kesalahan ini dan telah berbohong kepada Parlimen.

Pada tahun 1993, Kit Siang telah kutuk Anwar dan telah suruh Anwar letak jawatan. Kit Siang juga telah kutuk Mahathir dan juga telah mendesak untuk mengambil tindakan keatas Mahathir.

Hari ini, Kit Siang dan seluruh Pakatan Harapan mahu Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri ke-8.

Gila atau tidak?

Kit Siang kata sekiranya Pakatan memerintah, Mahathir perlu ditangkap dan disumbat ke dalam penjara

Kit Siang dan ramai pemimpin-pemimpin DAP telah ludah muka Mahathir. Mereka telah menggelar Mahathir sebagai lanun, penyamun, dan perompak.

Tun Daim Zainuddin dan Anwar juga telah dituduh menyalah guna kuasa dan melakukan rasuah. Anwar juga telah melempar berbagai-bagai tuduhan terhadap Mahathir dan Daim. Mahazalim dan Mahafiraun ialah gelaran yang Anwar beri kepada Mahathir.

Hari ini apa telah terjadi? Kit Siang, Anwar dan semua pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan jilat balik ludah mereka sendiri.

Yang dipanggil lanun, penyamun dan perompak diangkat menjadi Perdana Menteri ke-7.  Yang dipanggil Al Juburi disokong untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

Gila atau tidak? Atau lebih dari gila? – 4 September 2019.

RAJA PETRA RAJA KAMARUDDIN,
Penulis bebas dan penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

10 COMMENTS

  1. Mana lebih gila apabila hadi yg sekarang presiden pas meng”kafirkan umno”
    Jadi xusahlah blok ini nak tunjuk kejahatan orang lain…
    Itu namanya kuman diseberang lautan nampak, bangkai gajah saja-saja je nak ditutupi.
    Blok sampah.
    Patutlah takde peminat.

    • ada kah pas menuduh atas individu, tapi menuduh atas individu tu yg salah tak baca habis. tapi menuduh msia baru medekar dan individu umno perompak,hebat nya dap ini, negera mereka ke, makna nya PM 4 dan 7 paling hebat lah, kalau tak caya tanya nuar dan mat sabu. ini lah khadam, apa pun tetap bodoh macam permimpin mereka jilat nanah sendiri.. bertaraf terompah jamban. taik

    • My dear friend, you made a big mistake of coming here. I guess, you better stick to your own favourite TV channels.

  2. Kerajaan Ph terburuk dlm sejarah.. Semua politik nya kotor Dari najis… Mau Tutup kelemahan sendiri

  3. Dalam parti ta kira parti mana sama je semua gila kuasa ta sedar diri , orang macam ni berani hendak berdepan dgn Allah taala,sebab tu akhir zaman ni ta kira dlm parti bole tikam kawan dari belakang, kerana ta puas hati semua na pangkat na buat mcam mana,bertuan syaitan

  4. zaman bn dh berakhir….utk bersihkan najis2 hutang rasuah dn perbaiki/tukar pentadbiran bukan mudah …sbb tulhh undang2 islam dn alquran hukum2nya dilaksanakan…jadi bersabarlhh pru 15…kan ada

  5. Sama ada Pakatan Harapan Gila atau pemahaman org mmenjadi gila. Org yg selalu benci kpd Pakatan mmg Pemimpinnya pun dia benci. Oleh kerana dia tk suka Pakatan memerintah, apa saja Pakatan buat samaada baik atau buruk, bagi mereka semua buruk. Atau dgn lain perkataan, semuanya Negatiif. Adilkah begitu? Berfikirlah secara adil sesuai dgn keadaan semasa.

  6. Apa bising2 bro… Ini 3 Abdul sudah di suci bersihkan oleh PH. Sekarang 3 Abdul ni sudah tak ada dosa…suci punya orang.. .. 🤑🤮🤮

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.