PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan atau menegaskan beliau tidak terlibat dan tidak mahu terlibat dengan isu video seks terbaru yang didakwa melibatkan timbalannya.

“Saya tidak terlibat.

“Saya tidak mahu terlibat dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah ditanya berkaitan penyebaran terbaru rakaman video didakwa asmara Azmin dan seorang lelaki.

Dalam perkembangan sama, pagi ini rakyat disajikan lagi dengan enam lagi klip video Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Ia merupakan kali ketiga video yang melibatkan Azmin Ali tersebar luas di media sosial.

Video berkenaan dipercayai diedarkan melalui kumpulan Whatsaap bertajuk “Video Terkini Azmin” yang dicipta pada jam 3.35 pagi tadi. – 5 September 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.