HARI ini saya nak buat coretan tentang kita dan anak muda yang tidak ambil kisah sejarah, malah ramai anak muda sekarang tidak suka pada sejarah termasuk pelajaran sejarah di sekolah.

Ada segolongan pula membuat andaian bahawa itu hanya kisah sejarah dan tidak mungkin berulang kerana sekarang ini dunia berada dalam keadaan moden dan bermaklumat.

Maka kisah sejarah lampau tidak akan berlaku lagi. Antara sejarah yang dilupakan ialah hal-hal negara, penjajahan oleh negara luar terhadap kita oleh British dan Jepun, juga Bintang Tiga.

Apabila orang tua-tua menceritakan kisah zaman penjajahan British, Jepun dan kisah Bintang Tiga, ramai kalangan anak muda dan kita tidak ambil kisah.

Kita menganggap itu kisah sedih zaman lampau dan tidak akan berlaku lagi pada zaman kita ini. Lebih parah kita ketawakan cerita tersebut termasuk membuat tafsiran kurang sihat.

Faktanya ialah kita pernah dijajah oleh Komunis melalui Bintang Tiga walaupun sekejap, sudah tentu penjajahan di zaman itu melalui peperangan.

Apakah Bintang Tiga ini? Kumpulan ini ialah penyokong komunis dan majoriti anggotanya masa itu ialah orang Cina yang mendapat sokongan dari negara China dan fahaman komunis.

Walaupun pemerintahan sekejap, sejarah membuktikan ramai orang Melayu dibunuh ketika itu secara kejam tanpa disiasat dan dibicarakan.

Apakah perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Sukar untuk berlaku lagi cara penjajahan seperti dulu tetapi penjajahan bentuk baru sedang berlaku.

Penjajahan baru tidak mengunakan senjata tetapi mengunakan politik demokrasi sebagai alat untuk berkuasa dan itu telah berlaku sekarang.

Persamaan dulu dengan sekarang ialah tentang golongan minoriti berjaya menjajah masa itu melalui pemerintahan Bintang Tiga di Tanah Malayu.

Mereka bukan saja kelompok yang kecil tetapi bangsa Cina masa itupun sangat kecil di Malaya tetapi dapat berkuasa penuh terhadap negara ini. Mereka menggunakan senjata dan kekerasan untuk berkuasa.

Mereka mengunakan kaedah berperang dengan British iaitu penjajah utama untuk menjadi penjajah pula kepada Tanah Melayu. Jepun juga dijadikan alasan dan sandaran memujuk orang Melayu bersama mereka.

Ketika itu orang Melayu turut derita pada zaman zaman British dan Jepun, maka ada orang Melayu yang menyokong gerakan Bintang Tiga.

Zaman sekarang juga berlaku. Dap telah mengunakan sekelompok orang Melayu untuk kepentingan mereka. Berlakulah pada zaman moden ini dengan penjajahan baru oleh kelompok yang sama.

Perbezaannya datuk mereka bersama dalam Bintang Tiga tetapi keturunan mereka ada dalam DAP dan parti parti mereka.

Apa dia penjajahan baru?

Menguasai kerajaan baharu, berkuasa di tempat yang penting seperti Menteri Kewangan dan Kementerian yang menjaga media. Bukan saja di peringkat pusat tetapi di semua negeri yang mereka kuasai. Apa kesannya pada negara dan orang Melayu juga Islam?

Kesan pada negara ialah dasar dan sistem negara. Mereka ada 30 peratus sahaja tetapi mereka akan menjadikan mereka penentu dalam segala hal.

Antara buktinya apabila setiausaha PH Saifuddin Abdulah membuat kenyataan terbuka bahawa PH akan meminta SPR membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya tanpa ada kawasan yang mempunyai pengundi Melayu melebihi 80 peratus.

Alasannya tidak mahu berlaku rasis di kawasan tersebut. Bagi PH semua kawasan wajib dicampurkan semua bangsa di situ dan itu dipanggil intergrasi nasional menyelamatkan negara kepada krisis kaum.

Inilah cara penjajahan baru daripada kelompok bijak pandai orang orang pendatang yang asalnya berada dalam parti komunis dan Bintang Tiga.

Mereka menjadikan cara politik Lee Kuan Yew (LKY) mengambil Singapura sebagai model dan asas perjuangan mereka.

Anak muda mereka sentiasa diserapkan dengan selogan bahawa Malaysia ini kita punya dan kita perlu ambil Malaysia ini dari orang Melayu.

Jika LKY boleh ambil Singapura selepas 10 tahun Malaysia merdeka, kita cuba ambil alih Malaysia pula dalam sekitar 50 tahun ke 100 tahun menjadi hak kita.

Ini pemikiran mereka melalui sekolah mereka dan persatuan mereka.

Orang Melayu masih lagi merasakan mereka hebat dan kuat kerana kita sentiasa dilaungkan oleh pemimpin Melayu bahawa ini Tanah Melayu, ini negara kita dan kita maoriti dan kuat. Slogan Hang Tuang diguna pakai “tidak akan hilang Melayu di dunia”.

Betullah bangsa Melayu itu tidak hilang. Tetapi kuasa terbukti boleh hilang.

Itu sebab sejarah penting dan golongan muda wajib di serapkan dan difahamkan tentang sejarah negara, sejarah bangsa dan sejarah agama di negara kita ini.

Inilah perjuangan yang perlu diteruskan. Memang sukar, tetapi wajib diteruskan. Bukan tentang parti politik tetapi tentang Islam dan bangsa.

Parti politik boleh berubah-ubah mengikut keperluan dan zaman. Tetapi perjuangan agama dan bangsa tidak boleh berubah ikut zaman. Ia tetap perjuangan berzaman-zaman. – 5 September 2019.

HAMDAN TAHA,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.