SETIAP sen yang dibelanjakan orang Islam, akan dihisab oleh pencipta, Allah SWT.

Menjadi satu tanggungjawab dan keperluan orang Islam, berbelanja dengan betul supaya setiap rezeki yang dikurniakan memberi manfaat kepada orang lain.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman, orang Islam perlu membantu orang Islam yang lain untuk membangunkan ekonomi sejagat.

“Biarlah Guan Eng kata kami ekstremis, rasis. Itu dia punya pandangan. Saya nampak 9, dia nampak 6, tanggapan masing-masing tidak sama,”

“Walaupun dia kata kami (PPIM) ekstremis, rasis, bagi kami ini perjuangan kerana Allah SWT,” katanya.

Maamor dalam kenyataannya semalam, orang Islam telah banyak memberi ruang, peluang kepada peniaga bangsa DAP, tetapi mereka balas dengan kebencian.

“Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup. Kita mulakan kempen ini kerana mereka dahulu telah banyak kali mengambil kesempatan ke atas orang Melayu-Islam,”

“Sudah lama mereka buat kita macam lembu cucuk hidung, contoh dahulu mereka larang pekerja hotel memakai tudung. Tapi kita bersabar lagi,”

“Kali ini orang Islam sudah sedar, dan PPIM akan teruskan perjuangan ini kerana ia tuntutan agama Islam,”katanya.

Maamor juga berpandangan, biarpun kempen membeli barangan produk Muslim dilancarkan, namun setiap orang Islam harus berlaku adil kepada orang bukan Islam.

Orang Islam tidak dibenarkan menyakiti bukan Islam, apatah lagi menggunakan kata-kata nista untuk menyakiti agama lain.

Apa yang harus dilakukan orang Islam di Malaysia adalah menyokong ekonomi Islam, dalam masa yang sama tidak menyakiti bukan Islam kerana ia juga dituntut oleh Al-Quran.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berang dengan kempen keutamaan produk Islam dan Bumiputera yang dijalankan.

Menurut beliau, kempen ini menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi mundur dan mempromosikan ekstremis kaum.

Walhal, umat Islam terlebih dahulu disakiti dalam pelbagai isu seperti isu penulisan jawi, serta diperbodohkan oleh peniaga bangsa DAP berkenaan elemen Islam pada produk tidak yang diragui halal. – NTHQiBORD, 5 September 2019.

9 COMMENTS

  1. Lim Guanjing.. Chauvinist, racist, hypocrite and talam dua muka… Sifat kafir harbi..lebih kotor dari bangkai.. SAMPAH..

  2. Membantu sesama Islam, fardu kifayah. Ia dituntut dalam agama Islam. Pedulikan dengan kaum kafir, munafiq dan fasiq

  3. Abaikan apa yang LGE dan puak dia cakap. Puak2 ni boleh buat bodoh masa kita komen / kritik dia. So kali ni kita pulak buat tak tau ada depa ni. Nak cakap pun sikit2 ja. Atau cari peguam sebagai jurucakap kpd PPIM.

    Jangan banyak cakap and bagi info. Depa akan manipulate apa kita cakap. Tq

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.