KETIDAKHADIRAN Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin antara isu berbangkit dalam mesyuarat biro politik PKR malam tadi.

Ia adalah susulan arahan presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereka hadir mesyuarat parti.

Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, parti sudah memberi peringatan kepada kedua-dua pemimpin berkenaan untuk membincangkan isu-isu parti.

“Ruang tersebut memang ada takwim dan jadual mesyuarat sudah diagih dan dihantar kepada semua pimpinan,” katanya.

Azmin tidak hadir ke mesyuarat parti dipercayai kerana pergeseran dalaman manakala Zuraida memaklumkan ketidakhadirannya disebabkan Anwar tidak melayan surat darinya.

Pada 25 Ogos, Anwar berkata Azmin tidak kebal daripada tindakan disiplin dan menyerahkan kepada lembaga disiplin parti menyiasat perkara itu.

Anwar berkata, peraturan parti memang mensyaratkan jika seseorang pemimpin parti tidak menghadiri mesyuarat parti sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa sebab, maka gugur jawatannya.

Mnurut rekod, Azmin tidak hadir mesyuarat bersama kepimpinan PKR sebanyak sembilan kali. – 5 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.