ISU boikot atau lebih tepat lagi kempen ‘Utamakan Produk Muslim’ menyebabkan pihak DAP panas punggung.

Seperti biasa, bangsa DAP akan menyalahkan pihak lain atas apa-apa juga kelemahan dan masalah yang berlaku tanpa pernah memikirkan jalan terbaik mengatasinya.

Kalau sebelumnya, masalah ekonomi yang melanda negara dipersalahkan kepada kerajaan UMNO-BN. Memang tidak dinafikan tetapi selepas lebih setahun kerajaan DAP-PH tidak berbuat apa-apa malah ekonomi negara makin teruk.

Oleh itu, dalam isu boikot dan kempen ‘Utamakan Produk Muslim’, tentunya tidak pelik jika sekali lagi DAP mencari kambing hitam untuk disalahkan.

Pendakwah bebas Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin meminta DAP menyuluh muka sendiri dahulu sebelum menyalahkan pihak lain.

“Suluh muka sendiri sebelum salahkan PAS dan UMNO. Lihat perangai kamu dan tingkah laku kamu.”

“DAP ini apabila terberak tengah jalan, dia akan salahkan tukang masak yang bagi dia makanan,” kata Husam.

Namun, menurut Husam kalau benarlah PAS dan UMNO menghasut , sudah lama orang Melayu tidak beli produk DAP dan sekutunya.

Namun, katanya kesedaran itu datang sendiri akibat sikap DAP yang biadap dan kurang ajar. Bangsa Melayu meluat dengan sikap DAP itu.

Antara sikap DAP yang menyebabkan kemarahan orang Melayu termasuklah penolakan pengenalan tulisan jawi secara total, sama ada melalui media, kain rentang bahkan tunjuk perasaan di jalanan.

Dong Zong yang merupakan pro-DAP antara yang paling terkehadapan dalam isu jawi. Padahal pada masa yang sama menggunakan tulisan jawi, lambang berkaitan Islam dan nama Melayu Islam dalam pelbagai produk mereka.

Termasuk juga kata-kata ahli perniagaan yang menghina bendera Jalur Gemilang dan anggota tentera yang disifatkan hanya kerja ‘makan dan tidur’.

Tetapi DAP lupa bahawa anggota tentera terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Begitu juga dakwaan bahawa orang Cina (DAP) sebagai penyumbang kepada cukai dan kekayaan negara.

Jika mahu disenaraikan, memang banyak. Kesemuanya mengguris hati dan perasaan orang Melayu Islam. – NTHQiBord, 5 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.