PENDAKWAH bebas Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin memberikan dua cadangan kepada umat Islam sempena kempen ‘Utamakan Produk Muslim’ ketika ini.

“Saya mencadang kepada semua peniaga Muslim agar memastikan produk yang dijual di kedai mereka adalah keluaran Muslim. Ini bukan bermakna boikot produk lain tetapi utamakan produk Muslim.”

“Cadangan kedua saya ialah, setiap masjid mewujudkan kedai runcit atau halal mart. Kita adakan kempen satu masjid satu kedai halal mart,” cadang Husam ketika dihubungi.

Menurut beliau, kadang-kadang masyarakat Islam bukan tidak mahu menggunakan produk keluaran Muslim yang dijamin halal dan baik, tetapi tidak tahu di mana boleh dibeli.

Cadangan ini dibuat semata-mata mahu memperkasakan ekonomi ummah, bukan atas dasar rasis atau sebagainya.

“Kalau benarlah orang Melayu rasis, tidaklah senarai orang terkaya di Malaysia ini terdiri daripada orang bukan Melayu.”

“Jika benarlah Melayu ini tebal rasisnya, kita tidak mungkin terima bangsa lain duduk dalam negara ini. Seperti yang disebut Tan Sri Musa Hassan,” kata Husam.

Beliau turut menempelak pimpinan DAP dan PH yang menggelar kempen ini bersifat rasis.

Apakah maksud yang dimaksudkan rasis oleh mereka sebenarnya? Soal Husam.

“Adakah apabila kita mengajak orang Islam menggunakan produk Muslim maka kita digelar rasis?”

“Adakah apabila kita berkawan sesama Islam kita digelar rasis?” kata Husam.

Husam mencabar pimpinan DAP-PH memberikan contoh bangsa mereka yang tidak rasis.

Tidak perlu melihat jauh, lihat sahaja kepada pertubuhan Dong Zong. Pertubuhan ini sendiri diakui Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebagai pertubuhan bersifat perkauman.

Maka jika DAP ingin memberi teguran kepada bangsa Melayu kononnya rasis, maka mereka mesti halakan dahulu teguran itu kepada Dong Zong dan yang seumpamanya. – NTHQiBord, 5 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.