RAKYAT Malaysia sesekali tidak pernah melupakan arwah Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban dalam insiden rusuhan kuil di Subang Jaya pada tahun lalu.

Buktinya, Gagasan Tiga (G3) yang diketuai oleh Pengerusinya, Dato’ Azwanddin Hamzah menganjurkan Majlis Tahlil Perdana bagi memperingati Muhammad Adib dan arwah Syed Muhammad Danial Syed Syakir.

Syed Muhammad Danial meninggal dunia akibat insiden keganasan jalan raya dan dibunuh oleh seorang pemandu Cina pada hari pertama Aidiladha.

Kira-kira 1,000 jemaah memenuhi Masjid Jamek Kampung Baru pada majlis tahlil yang berlangsung malam ini.

Antara yang hadir termasuk Timbalan Pengerusi G3, Amran Ahmad Nor.

Selain itu, beberapa pemimpin politik, wakil NGO dan bomba turut hadir pada majlis yang berakhir dengan solat hajat untuk kedua-dua arwah.

Muhammad Adib meninggal dunia akibat kecederaan dipercayai dipukul oleh perusuh kuil pada November tahun lalu.

Namun Peguam Negara menubuhkan inkues untuk menyiasat punca kematian Adib walaupun polis sudah menyelesaikan siasatan dan mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh.

Inkues itu berlangsung penuh kontroversi termasuk percanggahan pendapat pakar forensik dan penarikan diri peguam keluarga Muhammad Adib.

Inkues itu berakhir pada hujung Julai lalu dan keputusannya akan diumumkan pada 27 September ini.

Dalam kes Syed Muhammad Danial, suspeknya, Yew Wei Liang telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh. – NTHQiBord, 5 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.