UMNO menjemput Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk menghadiri majlis perasmian Piagam UMNO-PAS.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, surat jemputan akan dibuat tidak lama lagi.

“Kita jemput semua parti termasuk kerajaan termasuk Guan Eng, kita beri kerusi paling empuk sekali,” katanya.

“Datang saksikan taawun UMNO-PAS ini. Biar dia dengar dan baca sendiri piagam.

“Jemput pun ya, cabar pun ya. Jika datang sila beritahu, saya hendak sambut,” ujarnya.

Terdahulu, Lim Guan Eng mengaitkan UMNO-PAS sebagai sebahagian kempen boikot barangan bukan Islam.

Kenyataan Guan Eng disanggah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan mengatakan Menteri Kewangan itu berniat jahat dan rasis.

Guan Eng juga pernah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang disiarkan sebuah portal pro DAP yang bertajuk “Kerjasama Pas-UMNO adalah pengisytiharan perang kepada bukan Melayu.”

Namun ia diganti menjadi  “Lim beri amaran UMNO-Pas akan mensasarkan bukan Melayu.”

Piagam UMNO-PAS, merupakan satu persefahaman bersama dalam bentuk Memorandum Persefahaman (MoU) demi masa hadapan dan kedaulatan negara.

Ia akan ditandatangani kedua-dua parti itu pada 14 September ini, akan menyentuh semua isu melibatkan kepentingan nasional. – 5 September 2019.

1 COMMENT

  1. Kita berbagai bangsa kena pilih 1Agama bagi faham kekasih Maha Asa jangan riuh dengki Islam bersama sokonglah idaman pejuangan kukuhkan perpaduan kaum saranan eratkan silaturrahim ‘ALLAH’HUAK’BAR”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.