TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa cadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam masih di peringkat kajian.

Wan Azizah berkata, cadangan itu adalah untuk lantikan baharu yang bermula pada tahun hadapan.

“Saya difahamkan ia akan diangkat kepada Kabinet untuk mendapatkan persetujuan atau pun tidak.

“Kita akan bincangkan lebih lanjut lagi.

“Namun ia belum lagi diberi kepada Kabinet, kita akan perincikan kemudian,” katanya.

Dalam perkembangan sama , semalam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, mulai tahun hadapan lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen.

Beliau berkata skim itu sebaliknya akan digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik.

“Langkah itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam pada Oktober 2018.

“Kita mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion,” ujarnya. – 5 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.