JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melarang orang Islam untuk menyertai atau melibatkan diri dalam sebarang majlis berdoa bersama agama lain.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini JAKIM berkata, pendirian itu dibuat selepas pihaknya merujuk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2006.

“Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-113 tidak mengharuskan orang Islam untuk melibatkan diri dalam majlis doa beramai-ramai dengan agama lain,” katanya.

Selain itu, JAKIM turut memberitahu pihaknya dihubungi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada 6 Ogos lalu bagi mendapatkan pandangan mengenai program berdoa beramai-ramai membabitkan penganut agama berbeza.

“Orang Islam tidak dibenarkan menyertai acara seumpama itu, larangan berkenaan tidak dikenakan kepada penganut agama lain.

“Bagaimanapun keputusan tersebut tidaklah menghalang mana-mana penganut agama lain untuk menganjur atau terlibat dengan upacara seumpamanya,” katanya.

Pandangan itu juga ada dikongsikan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad, pada laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut Dr Zulkifli, mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-113 memutuskan orang Islam dilarang terlibat dalam majlis doa beramai-ramai yang dianjurkan oleh orang bukan Islam.

“Turut dilarang ialah majlis yang membabitkan bacaan doa yang tidak difahami maksudnya oleh orang Islam.

“Larangan itu dibuat berdasarkan kepada prinsip sadd al-zara’i iaitu menutup jalan-jalan kerosakan, bagi mengekang fahaman pluralisme agama,” ujarnya. – 5 September 2019.

4 COMMENTS

  1. Islam agama yg membedakan antra isu@perkara haq&batil,oleh itu,al’quraan selain drpd nmanya al-quraan,terdpt nma yg kita jarang mempopularknnya,iaitu;الفرقان،dpt di fahamkan bhwa mksud al-furqon itu adalah pembeda kpd perkara yg haq&batil,dlm masa yg sama,bginda bersabda;ddlm seguris ungkapannya yg sahih,الاسلام يعلو ولايعلى عليه…او كما قال الرسول..Islam itu tinggi tiada yg tertinggi mengatasinya,,mafhumnya islm satu2nya agama yg paling mulia lagi maha tinggi,tiada yg setaraf dgnnya(kemuliaan islm)berbanding agama lain,Justru itu,adalah menjadi suatu keharaman umat islm yg tulin beriman kpd islm wajib akur hanya kpd islm,tidak yg lain,satu lagi sila ruju’ surah سورة الكافرون،dlm surah ini jelas menyatakan bhwa nbi di ajar agar meraei’&mengabdikn dri,beribadah hnyalah kpd islm kamu(orng non muslim)kafir Quraish,sembhlah agamamu(berhala)aku sembh tuhanku (Allah)beribadah mksudnya luas,termasuk juga berdoa,oleh itu,garis panduan jelas alcquraan melarang keras perbuatan berdoa agama lain dgn di sertai bersama oleh penganut islm,walau atas apa alasan sekalipun…wallhuaklam fissowab…..والسلام.

  2. Dgn demikian adalah (HARAM)jika mana2 individu muslim@muslimat yg berniat@berhasrat utk menghadirkn diri,@menghulurkn apa jua bentuk bantuan,wang RM,simpati@apa2shj jenis sumbangn menurut perspektif islm…والله اعلم فى الصواب،،sedia bertnggungjwb di atas komen ini…

  3. Imbuhan drpd itu,firman Allah,ادخلوا فى السلم كافة،،،الاية،Mafhum,Masuklah kamu ke dlm islm seluruhnya,antra asbab nuzul ayat tersebut bhwa seorg individu bragama yahudi @Nasrani telah menganut islm kpd nbi mhd s,a,w,lantas belau;meminta izin kpd nbi bhwa bolehkah sy hendak membaca kitab injil pd mlm sabtu,&membaca al-quraan pd mlm jumaat?ya rasul?,sementelah yg seorng lagi meminta kebenaran nbi bolehkah aku membaca kitab taurat pd mlm ahad,&membaca al-quraan pd mlm jumaat,maka turunlah ayat tersebut melarang ke dua2 mereka berbuat demikian,membaca kitab berkenaan juga termasuk ddlm mksud ibadah sama seperti berdoa juga bermksud ibadah kpd tuhan agama berkenaan,kenapa islm melarang umatnya berbuat begitu?,krn mereka telah mensyirikkn Allah dgn yg lah,meskipun mereka mendakwa kami juga sama berdoa kpd tuhan Allah,samalah seperti islm,,jwbnya krana batas2 kufur &iman adalah dgn ucapan dua kalimah syahadah,serta tinggalkn sgala bentuk jenis syariat agama lain krana tiada guna bersyahadah jika dlm masa yg sama umat islm melakukn kerja2@perbuatan syirik samada khofi,@Jali…maka di bimbangi akan tergelincirlah @terungkailah ikatan syahadah dari tengkok lihir umat islm,والله اعلم فى الصواب…

  4. Jika ada komen2 lain dri individu islm,silakan,islm meraei’kepelbgaian pendpt usul yg membina&bernas sbgai pedoman umat…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.