PERSATUAN Patriot Kebangsaan (PATRIOT) hairan dengan kes Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, yang tertembak ketika demonstrasi tentera.

Rentetan itu, PATRIOT melalui presidennya, Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Rajimahu semua baju kalis peluru milik tentera disiasat secara terperinci.

“Siasatan mesti dijalankan, macam mana ‘vest’ kalis perlu boleh tembus dan bocor. Saya rasa sesuatu tak kena sebab tembak di badan sepatutnya tak bocor,” katanya.

Mengenai penggunaan peluru hidup, Arshad berkata, ia memang menjadi kelaziman pasukan komando Rejimen 11 Gerak Khas (GGK) ketika latihan atau demonstrasi.

Katanya, ia bertujuan untuk menyediakan anggota pasukan dengan situasi sebenar berperang selain membina kecekalan, keyakinan dan keberanian mereka sebelum memasuki medan perang.

Katanya, tiada situasi yang dibuat-buat apabila komando berlatih tetapi mereka sudah terlatih dan pakar untuk memastikan keselamatan setiap anggota dijaga.

“Akan buat betul-betul, memang nak bunyi tetapi setiap tembakan yang dilepaskan akan dipastikan selamat dan menuju kepada baju kalis peluru yang dipakai, bukan tembak di kepala,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu meminta semua pihak agar tidak mengulas atau membuat spekulasi berkenaan kes ini.

Ia sebagai menghormati keluarga Allahyarham, yang masih bersedia dengan berita kematiannya yang memilukan.

Semalam, Mejar Mohd Zahir yang merupakan Pegawai GGK, disahkan meninggal dunia ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu semalam.

Jenazah selamat tiba di kampung halaman isterinya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta sekitar jam 5.45 pagi tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun selepas solat subuh, hari ini. – 5 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.