GELOMBANG kebangkitan pengguna Islam kini terus menakutkan sebahagian peniaga bukan Islam di Malaysia.

Kempen ‘beli produk Muslim dulu’ tular di Facebook, Instagram, malahan di kumpulan Whatsapp, untuk mengajak umat Islam bagi menyokong kempen itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman berkata, gelombang yang berlaku adalah kerana kesedaran umat Islam yang tidak mahu lagi diperkotak-katikkan.

Menurut beliau, banyak pengeluar produk bukan Islam mempergunakan pengguna Islam melalui pelbagai cara pengiklanan termasuk lah menggunakan tulisan jawi pada produk.

“Mereka perbodohkan pengguna Islam. Di produk mereka, mereka letak tulisan jawi, gambar masjid, dan seumpamanya.

“Orang Islam tengok, orang Islam beli. Hakikatnya, produk dikeluarkan oleh kilang bukan Islam, malah sijil halal pun diragui,” katanya.

Tambah Maamor, perbuatan itu dilakukan kerana pengeluar produk bukan Islam sedar pengguna Islam adalah pengguna terbesar di Malaysia.

“Mereka tahu orang Melayu (Islam) ada kuasa beli tinggi. Orang kita suka buat kenduri, beli stok makanan banyak-banyak. Orang Cina mana ada, India mana ada,”

“Mereka faham dan mereka tahu, mereka boleh kaya jika jual produk kepada orang Islam,”ujarnya.

Menggunakan tulisan jawi pada produk, walhal ia tidak mendapat sijil halal adalah perbuatan yang tercela dan menipu.

Ironinya, tulisan jawi dibenci oleh ramai pendesak berbangsa Cina, termasuk Dong Zong yang mencetuskan polemik baru dalam negara baru-baru ini.

Padahal, ia digunakan secara meluas oleh pengusaha Cina selama berkurun lamanya untuk mencipta kekayaan dengan cara untuk menipu pengguna Islam-Melayu! – NTHQiBORD, 5 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.