TIGA tahun dulu, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah menyuarakan pandangannya untuk mewujudkan sistem persekolahan satu aliran bagi mendokong prinsip perpaduan dan slogan 1Malaysia.

Video Tunku Ismail membidas sistem pendidikan negara itu kembali berlegar di media sosial ketika tahap perpaduan negara semakin luntur ibarat retak menunggu belah.

Tunku Ismail bukan orang pertama membangkitkan perkara itu. Ramai lagi pemimpin dan pakar akademik menggesa kerajaan mengubah dasar dan sistem pendidikan bagi memperbaiki semangat perpaduan negara.

Dalam era Malaysia Baharu di bawah pimpinan rejim DAP-Pakatan Harapan (PH), perpaduan dilihat semakin rapuh dan menunggu masa untuk hancur berderai, sekali gus mengulangi tragedi 13 Mei.

Segalanya bermula dengan kenyataan biadap menteri-menteri dan penyokong Bangsa DAP yang menghina Agong, orang Melayu dan secara terang-terangan menggerakkan usaha untuk menghapuskan keistimewaan orang Melayu dan Islam.

Lihat sahaja bagaimana Bangsa DAP dengan biadapnya cuba mengiktiraf ICERD dan Statut Rom, menolak pelaksaaan seni jawi di sekolah vernakular, menghina Nabi Muhammad dan yang terbaru menyamakan kempen beli produk Islam sebagai rasis dan ektremis agama.

Bangsa DAP ini menuduh kempen NGO Islam ini sebagai pemecah perpaduan sedangkan mereka tidak sedar bahawa merekalah sebenarnya perosak perpaduan.

Jika betul Bangsa DAP ikhlas tentang perpaduan, kenapa mereka terus mempertahankan sistem sekolah vernakular tetapi membantah sistem sekolah satu aliran?

Sedangkan sistem sekolah satu aliran merupakan platform terbaik mempromosikan perpaduan dan pengukuhan hubungan sesama kaum dengan didikan dari usia muda.

Kempen utamakan produk Muslim dan sekolah satu aliran dua perkara yang berbeza tetapi berkongsi matlamat yang sama.

Kempen NGO Islam itu mahu memperkasakan bidang ekonomi Muslim di negara ini dan sistem sekolah satu aliran pula menjadi resepi terbaik mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

Jika Bangsa DAP menuduh NGO Islam sebagai rasis, mereka sebenarnya 100 kali ganda lebih rasis kerana bermatian mempertahankan sekolah vernakular.

Ini kerana wujudnya sekolah vernakular, maka tertubuhlah NGO-NGO pendidikan pro-DAP seperti Dong Zong dan SEKAT yang sebenarnya rasis serta mengganggu dasar pendidikan kerajaan.

Gerakan kotor NGO inilah akhirnya yang akan memanjangkan isu kecil seperti pelaksanaan silibus khat dan jawi, dan akhirnya mencetuskan masalah yang lebih besar seperti rusuhan kaum.

Seperti yang disuarakan Tunku Ismail pada 2016, sejak usia kecil, anak-anak kita diajar tidak bersatu disebabkan sistem pendidikan yang berbeza tetapi apabila sudah dewasa, mereka diminta bersatu?

Mana logiknya di situ?

Oleh itu, Jaringan Melayu Malaysia mahu kerajaan mempertimbangkan semula cadangan Tunku Ismail agar sistem pendidikan negara dirombak.

Sudah tiba masanya pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan bertegas tentang isu perpaduan dengan menghapuskan sekolah vernakular yang menjadi punca perpecahan kaum dan perosak perpaduan.

Sementara ada ruang dan waktu, masih belum terlewat untuk memperbaiki kesilapan lampau agar ianya tidak berulang lagi. – NTHQiBord, 5 September 2019.

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH,
Presiden Jaringan Melayu Malaysia.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.