SETIAUSAHA Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa tindakan untuk memecahbelahkan UMNO dan PAS hanyalah sia-sia dan tidak berjaya.

Menurut Annuar, kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu akan terus mempertahankan antara satu sama lain.

“UMNO akan mempertahankan PAS dalam apa jua cara dan begitu juga PAS yang akan sentiasa berada di belakang UMNO.

“Selagi UMNO dan PAS berpegang pada tali ALLAH SWT, sebarang usaha untuk menggugat kerjasama kedua-dua parti itu tidak akan berhasil malah hanya sia-sia.

“Tambahan pula, pelancaran Piagam Muafakat Nasional yang akan dimeterai pada 14 September ini juga adalah permulaan kepada kedua-dua parti ini untuk terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Selain itu, Annuar berkata, UMNO dan PAS juga sedia berbincang sekiranya didapati wujud perbezaan pendapat antara mereka.

“Mungkin kita akan ada berbeza pendapat, berbeza pendekatan tetapi sekarang bila ada ta’awun, sebarang beza pendapat kami boleh duduk berbincang.

“Mungkin juga ada perkara furuq (ranting) tapi kami berikrar tulis dalam piagam itu nanti.

“Sekiranya ada permasalahan kepada kami, kami akan kembali merujuk kepada sumber iaitu al-Quran, as-sunnah, ras dan ijma’ ulamak,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Annuar yang juga selaku Ahli Parlimen Ketereh menyatakan, tidak ada sebab mana-mana pihak takut dengan ta’awun kerana manfaat kerjasama itu bukan sahaja dirasai orang Islam tetapi seluruh umat di negara ini. – 5 September 2019.

2 COMMENTS

  1. Saya berpendapat, Gabungan PAS n UMNO akan purakpranda jika Gabongan itu tidak didasarkan kpd Iman n Ikhlas. Kalau didasarkan dgn Iman Ikhlas tentu barisan kepimpinannya mesti terdiri drpd Pemimpin yg Berakhlak terpuji n Mulia Maknanya Ia dipimpin oleh Pemimpin Amanah, Berintegriti, Tidak Khianat, Tidak Penipu, Bertanggungjawab, Berilmu Luas Dunia Akhirat, Tidak Ego, Suci dpd penyakit dengki n Tidak Takabbur serta Bersikap Selalu Sederhana tidak Extreem n SelaluementingkanKehagrmonian dn kesejahtraan masyarakat n Negara. Tp nampaknya Gabongan itu adalah Politik sahaja. Dia tidak kukuh.

  2. Kami sebagai rakyat biasa pun tahu apa tujuan sebenar pegabungan pas umno.
    Apalagi Allah…..
    Macam mana nak ikhlas, jika pemimpin dari empunya parti ini terpalit dgn berbagai isu akhlak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.