RAKAMAN video yang memaparkan pelaku mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disebarkan sekali lagi.

Menyerupai teknik penularan kali pertama Jun lalu, video terbaru itu juga disebarkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang bernama ‘Video Terkini Azmin’ awal pagi tadi.

Enam klip video berdurasi tiga minit setiap satu itu diedar kepada kira-kira 80 pengamal media dan ahli politik.

Selain pemberita, beberapa menteri termasuk Menteri Pertahanan Mohammad Sabu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berada dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Namun, menurut sebuah portal, video yang disebarkan kali ini adalah video yang sama seperti Jun lalu.

Kontroversi video lucah oleh pelaku mirip Mohamed Azmin baru-baru ini dihangatkan lagi dengan pengakuan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa beliau salah seorang pelaku dalam video berkenaan.

Ia berlarutan sehingga melibatkan tangkapan beberapa individu termasuk Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang juga merupakan Setiausaha Politik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – 5 September 2019.

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.