PELBAGAI reaksi yang dibicarakan mengenai kempen ‘beli barangan Muslim dahulu,’.

Reaksi yang positif adalah dari kalangan orang Melayu dan Islam yang menyambut baik kempen yang dilancarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dira Abu Zahar, kempen ini mempunyai sudut positifnya tersendiri kerana menggalakkan ekonomi Melayu-Islam.

“Saya sokong kempen ini kerana inilah masanya untuk kita bangkit dalam ekonomi, supaya ekonomi orang Melayu lebih mampan, lebih berdaya saing,”

“Jika ramai orang Melayu Islam sokong perniagaan Melayu, lebih ramai pembayar zakat dan pembayar cukai dari kalangan orang Melayu,” katanya.

Tambah Dira, beliau tidak berminat untuk menjadi seorang yang rasis, atau berkata sesuatu yang rasis, tetapi melihatnya melalui sebagai satu bentuk positif untuk pembentukan ekonomi yang setara.

Dira berkata, ia mungkin kedengaran rasis bagi sesetengah pihak kerana mempunyai perkataan ‘Muslim’.

Namun ia tidak bermakna mempromosikan ekstremis kerana kempen ini merupakan satu bentuk gerakan kebangkitan ekonomi.

Beliau menambah, sejarah juga telah membuktikan orang Islam bijak dalam perniagaan terutama zaman Nabi Muhammad SAW.

“Orang Islam asasnya sangat bijak berniaga. Sistem jual beli yang diperkenalkan pula mengikut syariah Islam iaitu berteraskan keadilan, halal, bersih dan tidak menindas orang lain,”

“Jadi, tidak pelik jika orang Islam libatkan diri secara menyeluruh dalam pembangunan ekonomi dan perniagaan,” katanya lagi.

Selain melibatkan diri dalam politik, Dira juga merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan contena-dining yang cukup terkenal di Malaysia.

Image result for gobox kontena
Gobox Concept Kuala Lumpur

Usahawan Gobox Concept ini menekadkan azam untuk membantu lebih ramai usahawan kecil dan sederhana untuk memulakan perniagaan disitu.

Dira antara wajah politik yang berjaya dalam bidang keusahawanan, dan beliau telah memula perniagaan lebih awal sebelum menyertai parti politik UMNO-Barisan Nasional. – NTHQiBORD, 6 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.