AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii berpendapat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu beri peluang dan dana kepada negeri Johor untuk laksana sekolah satu aliran.

Menurut Razlan, ia bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem pendidikan satu aliran yang mana selam ini ditunggu-tunggu oleh rakyat.

“Saya cadangan Kerajaan Pusat untuk beri Autonomi Pendidikan kepada Negeri Johor.

“Beri Johor dana dan kuasa untuk melaksanakan Pendidikan Satu Sekolah, lihat keputusan, dan ianya boleh dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.

Selain itu, sistem pendidikan di Malaysia sudah lama dipecah-pecahkan menyebabkan perpaduan antara kaum itu semakin lenyap.

“Malaysia sudah lama di pecah-pecahkan oleh sistem pendidikan, sekiranya Malaysia mengikut semangat Perlembagaan, sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini seharusnya sudah lama lenyap.

“Selagi kepimpinan Kerajaan Pusat takut hilang pengaruh, khuatir dengan kehilangan sokongan kaum-kaum, selagi itu rakyat Malaysia tidak akan mempunyai semangat kebangsaan yang jitu.

“Jangan kita biarkan anak-anak Malaysia dipisah-pisahkan lagi hanya kerana ada segelintir ahli politik yang tidak mahu melihat Bangsa Malaysia dibawah satu bumbung,” katanya.

Razlan juga berkata, sudah pasti cadangan ini akan ada tentangan daripada pelbagai pihak jadi kerajaan hari ini harus bertindak tegas dan berani dalam melaksanakan perkara ini.

“Sudah masanya kita membina semula Negara ini.

“Tidak ada guna Malaysia Baru sekiranya masalah antara etnik di Malaysia masih menebal.

“Semasa Perdana Menteri memberi komen bahawa Dong Zong adalah antara persatuan yang menghalang Sekolah Wawasan dan sentimen ini telah membelengu Malaysia ianya menunjukkan keperluan Sekolah untuk semua amat diperlukan.

“Kerajaan perlu lebih berani menghadapi krisis kaum di dalam negara dan mengambil langkah penyatuan untuk merapatkan semula hubungan kaum.

“Jadi titik persamaan yang paling baik adalah melalui Sistem Pendidikan,” ujarnya. – 6 September 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.