SEJAK kempen beli produk Muslim digerakkan secara besar-besaran oleh UMMAH, ada pihak yang tidak senang dan mencerca gerakan itu.

Pastinya peniaga Bangsa DAP paling terkesan dengan kempen tersebut yang bertujuan membantu ekonomi orang Islam dan mereka akan mencari jalan untuk memburuk-burukkan gerakan jihad ekonomi tersebut.

Terbaru, tular satu mesej dalam aplikasi WhatsApp kononnya Mufti Selangor menggesa orang ramai memboikot syarikat pemborong dan peruncit, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin).

Malam mesej itu, mufti tersebut, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid didakwa mengaitkan pasar raya milik Bumiputera itu milik penganut Syiah.

“Makluman, Mydin itu syarikat Syiah, dia tidak mahu bayar zakat pada LZS.

“Dia bayar khums kepada kumpulan Syiah.

“Satu ketika dia dapat geran bekal baju sekolah agama dari LZS, pun tetap tak bayar zakat.

“Oleh itu Mydin pun patut diboikot juga,” katanya dalam pesanan aplikasi whatsapp yang tular tersebut.

Namun berkata,dakwaan yang dikaitkan dengannya itu adalah tidak benar.

Mohd Tamyes menafikan melakukan dakwaan sedemikian terhadap rangkaian pasar raya runcit berkenaan.

“Itu tidak benar,” katanya ringkas.

Namun, Mohd Tamyes enggan mengulas lanjut mengenai isu dakwaan berkenaan. – 6 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.