SEMALAM, Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan How, mengajak masyarakat Islam, khususnya pemimpin PAS dan UMNO mengambil teladan daripada cara Rasulullah SAW bermualamat.

Lee menyatakan bahawa ketika berada di Madinah, Nabi Muhammad membenarkan orang Islam berjual beli dengan peniaga daripada kalangan Yahudi yang bukan Islam.

Lee juga menggesa penggerak serta pengikut kempen boikot mengambil iktibar dan pengajaran besar daripada akhlak dan teladan baik Nabi SAW itu.

Namun, pandangan Lee itu ditempelak oleh Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman.

“Pemuda DAP cuba ikut cara Lim Guan Eng semasa mula-mula menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dahulu. Kononya mahu ikut cara khalifah Umar Abdul Aziz.”

“Bagi saya, cukuplah sekali membohong. Orang Islam masih ingat pembohongan itu.”

“Lain kali apabila bercakap jangan tunjukkan kebodohan. Lee kena baca (tahu) fakta yang betul,” kata Maamor ketika dihubungi.

Menurut Maamor, sebaik sahaja Rasulallah tiba di Madinah, antara perkara utama yang dilakukan ialah yang pertamanya membina masjid. Kemudiannya membuat pasar khas untuk orang Islam.

Katanya, Rasulullah tahu bahawa tanpa pasar, muamalah Islam tidak dapat dilaksanakan.

Tujuan pasar khas ini antara lainnya ialah memecahkan monopoli perniagaan Yahudi yang menipu dan menindas penduduk Madinah sebelum itu.

Kewujudan pasar khas sejak kehadiran Rasulullah akhirnya dapat meneutralkan sistem perdagangan dan perniagaan di Madinah.

Umat Islam dapat bermuamalat sesama sendiri dan akhirnya mengukuhkan ekonomi umat Islam yang merupakan majoriti di Madinah kemudiannya.

Fakta ini secara umumnya diketahui oleh umat Islam.

“Oleh itu saya menyeru kepada semua umat Islam, kita tidak boleh bergantung kepada orang lain.”

“Kita kena faham kenapa orang Islam kena bina pasar sendiri.”

“Strategi yang diguna oleh Rasulullah dahulu diguna oleh syarikat gergasi dunia seperti Carrefour, Aeon Big, Tesco dan sebagainya.”

“Mereka masuk ke negara lain dan membina rangkaian pasar. Mula-mula menjual produk hasil tempatan. Namun selepas mengetahui keperluan tempatan, mereka menghasilkan produk sendiri,” katanya.

Bagi Maamor, sekarang masa terbaik bagi konglomerat Muslim mengguna premis mereka menjual produk yang dihasilkan oleh Muslim.

“Antara premis yang ada ialah stesen minyak Petronas. Premis ini boleh dijadikan salah satu tempat memasarkan pelbagai produk yang hasilkan oleh Muslim.”

“Jadikan cabaran DAP ini sebagai satu asbab dan semangat untuk Muslim membina pasar sendiri.”

“Pada masa ini, antara pasar raya Muslim yang berjaya ialah Sabasun, Mydin, Global Ikhwan dan beberapa lagi,” katanya lagi.

Jika umat Islam bersungguh menjayakan kempen ‘Utamakan Produk Muslim’ tidak mustahil ia akan berjaya.

Tambahan pula umat Islam Malaysia merupakan lebih 60 peratus populasi. Dengan kuasa beli yang ada, misi ini akan tercapai. NTHQiBord, 6 September 2019.

7 COMMENTS

  1. Tak perlu la kempen 2 ni… If you perform pandai berniaga jaga amal ada keberkatan perniagaan akan maju.. If you don’t.. Ymyou akan gagal.. Let the customers decide.. As simple as that.. Jgn campur agama atau bangsa dlm menentukan kejayaan seseuatu perniagaan..

    • Kempen ni utk bagi kesedaran pada pembeli muslim, nama2 perniagaan muslim supaya pembeli lebih peka utk membeli keluaran barangan muslim. Kalau org Islam tak beli brgn keluaran Muslim, siapa lagi yg akan beli. Non Muslim hanya akan membeli brgn kaum mereka masing2.

  2. It’s all about teaching politicians MOUTHS an expensive LESSONs NOT BE RACISTS condemn ISLAM. This is d after effects. Don’t have TO condemn d people. It’s peoples choice and rights as to which stores they wanna go. WE HAVE BRAINS & good enough to make our own decisions. So? D politicians DAP STOP USING THIS CAMPAIGN AS RACIST ISU.

  3. Kalo ikut nabi cmni. …

    I doubt DAP really wants PAS and Umno to follow the example of Prophet Muhammad. The first thing the Prophet did on capturing Mekah was to destroy the 365 idols in the Kaabah. Umno and PAS still allow Christian, Hindu and Buddhist idols in Malaysia.

    Keh keh.

  4. punya kuat ego bercakap sampai nak gunakan rasulullah. macam diia lagi alim pasal rasulullah berbanding umat islam dan mufti2 n ustaz2 kita pulak.

    dah kurang ajar ni gunakan agama orang siap gunakan nama nabi untuk tujuan perniagaan.

    sepatutnya dia ni dikenakan tindakan tegas

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.