PEJABAT Peguam Negara (AGC) mengesahkan tiada pendakwaan akan dibuat terhadap penceramah Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Menurut Pegawai Perhubungan Pelanggan AGC, Wasri Ahmad Sujani perkara itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang ditandatangani Peguam Cara Negara, Mohamad Hanafiah Zakaria kepada Persatuan Hindu Agama Ani Malaysia.

“Surat bertarikh 5 Julai itu diserahkan kepada penasihat persatuan itu, Arun Dorasamy semalam.

“Salinan surat dihantar melalui pos kepada pejabat persatuan itu.

“Selepas mempertimbangkan kertas siasatan (IP) lengkap ini adalah keputusan yang diminta pendakwaan supaya saya hantar.

“Semua butiran (lain), saya tidak ada akses kepada maklumat itu,” katanya.

Baru-baru ini, Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia menyerahkan memorandum kedua kepada AGC bagi mendesak tindakan diambil terhadap Zamri.

Pihak persatuan itu mendesak AGC mendakwa Zamri Vinoth, yang merupakan pelajar Dr Zakir Naik, susulan ceramahnya yang didakwa menghina agama Hindu di sebuah masjid di Kelantan pada Disember lalu.

Pada April lalu Zamri ditahan di Perlis susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan ceramah itu, yang turut dimuat naik di internet.

Tangkapan itu dibuat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dorasamy yang kecewa dengan perkara itu mendakwa keputusan AGC mungkin berbeza jika ia melibatkan penghinaan terhadap Islam dan Melayu.

“Kita lihat orang lain yang buat kenyataan jelik tentang Islam dan Melayu didakwa cepat.

“Malah peniaga pun dipenjara 10 tahun kerana kenyataan jelik dalam talian.

“Video selama 1 minit 37 saat itu secara terbuka menghina Hindu.

“Inilah sebabnya ramai orang pergi ke balai polis.

“Jadi, tidak cukupkah untuk mendakwa Zamri Vinoth?” katanya. – 6 September 2019.

1 COMMENT

  1. If non-Muslims leaders, members and supporters of PH say sorry for their mistake, the government can accept, but it is done by others it comes hard on them. This is was we call double-standard. So far I don’t see PH hold on to the so-called “Rule of Law”. It is just a rhetoric for the international media. I suggest PH can just give a warning and forgive Ust. Zamri’s for his mistake.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.